in , ,

“Alhamdulillah, Saya Dah Dapat Semula Kereta Ini,” – SPRM Pulangkan Kereta Ford Shuib

“Ya, memang kereta saya yang tular itu, ” kata pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang mengaku mengenai status keretanya selepas disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini. Kereta jenis Ford itu menjadi salah satu kenderaan dalam puluhan kereta mewah yang disita oleh pihak berkuasa terbabit.

Kereta pacuan empat roda milik pelawak dan penyampai radio Shuid Sepahtu telah dipulang semula selepas disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa minggu lalu. 

“Alhamdulillah, saya dah dapat semula kereta ini. Syukur sangat, ia sudah dikembalikan pada saya. 

“Memang saya tahu, pelbagai fitnah sudah dilemparkan di media sosial buat masa ini. Bagaimanapun, saya perlu menghormati pihak berkuasa yang masih menjalankan siasatan,” katanya. 

Shuib

Terdahulu, kereta Ford milik Shuib disita SPRM bersama beberapa buah kereta mewah lain milik ahli sindiket Macau Scam dan perjudian online untuk siasatan.

Bagi Shuib, dia kini perlu memberi fokus pada kerjaya dan perniagaannya, Bubblebee

Netizen dan peminatnya juga memberi kata-kata semangat pada gambar kereta itu yang dimuat naik di Instagram.

“Syukur ya Allah. InsyaAllah selagi Allah izin, I akan bersama dengan you selamanya. Jatuh bangun you…” tulis Siti Sarah pada ruangan komen gambar tersebut.

Shuib

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yung Raja | 16

Yung Raja Lancar Single THE DANCE SONG

Shuib Sepahtu | 17

Netizen Dakwa Kereta Mewah Shuib Disita SPRM?