in , , ,

Netizen Dakwa Kereta Mewah Shuib Disita SPRM?

Hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam yang telah berjaya dijejaki oleh Badan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menjadi tumpuan utama dalam kejayaan menumpaskan sindiket haram itu adalah apabila beberapa artis Malaysia turut terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Dalam kata mudah, individu yang tidak bertangunggjawab ini telah menggunakan nama-nama artis popular ini untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram dengan membuka pelbagai perniagaan yang sah di mata masyarakat awam.

Kini, dilaporkan bahawa pihak SPRM telah menyita hampir 23 buah kereta mewah antaranya yang berjenama Bentley, Ford Mustang, Ferrari, Porsche dan banyak lagi menerusi penahanan beberapa individu yang terlibat dalam aktiviti itu.

Viral gambar puluhan kereta berjenama mewah yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KERETA MEWAH SHUIB DISITA SPRM?

SPEKULASI APABILA NETIZEN DAKWA ADA DI ANTARA KERETA TERSEBUT MIRIP PACUAN EMPAT RODA JENIS FORD MUSTANG MILIK PELAWAK DAN PENYAMPAI RADIO, SHUIB SEPAHTU.

Difahamkan kesemua kereta yang disita berkait rapat dengan siasatan terhadap kes penggubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.

Sebelum ini Shuib telah disiasat sebelum ini bagi memberi maklumat berkenaan kegiatan Macau scam tersebut.

Namun perkara itu mula menjadi tular apabila ada netizen telah mendedahkan beberapa buah kereta yang disita badan berkuasa itu rupa-rupanya milik pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya, penyanyi Siti Sarah.

KERETA MEWAH SHUIB DISITA SPRM?

Shuib sebelum ini telah dipanggil untuk membantu siasatan berikutan kes Macau Scam tersebut.

Shuib dilihat ada memuat naik gambarnya dengan kereta yang kelihatan sama seperti kenderaan yang telah disita.

KERETA MEWAH SHUIB DISITA SPRM?

Diruangan komen gambar tersebut, netizen turut bertanyakan hal itu kepada Shuib adakah itu kenderaan sama yang disita.

Jika diperhatikan, kenderaan yang disita itu benar-benar mirip kereta milik pasangan itu kerana dia pernah memuat naik foto kereta mewah tersebut di ruangan Instagram tidak lama dahulu.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Shuib, Indigital Music ketika dihubungi memohon maaf kerana tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut.

KERETA MEWAH SHUIB DISITA SPRM?

Ketika meninjau ruangan media sosial pelawak itu, netizen telah berduyun-duyun meninggalkan komen untuk kepastian sama ada benarkah kereta yang disita itu milik selebriti berkenaan.

Mengimbas kembali, Shuib dilaporkan telah dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan kes penggubahan wang haram atau lebih dikenali sebagai Macau Scam.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Alhamdulillah, Saya Dah Dapat Semula Kereta Ini,” – SPRM Pulangkan Kereta Ford Shuib

Sindiket ‘Cuci Duit’, KPN Minta Kerjasama Polis