in

Album XPDC Reunion RASOPARISO

12 tahun…..bukan satu jangka waktu yang singkat untuk dinantikan. Namun kalau sudah ketentuannya begitu apalagi yang dapat dilakukan. Sejarah akan tinggal sebagai satu sejarah. Yang baik jadi tauladan yang buruk disempadankan.

Begitulah yang terjadi kepada kumpulan XPDC. Pelopor muzik ‘Heavy Metal’ Malaysia ini.

Demi satu perjuangan, kini mereka bergabung semula…BERSATU kepada yang asal untuk peminat-peminat ‘brutal’ mereka. IZO pemain gitar, ZUAR – bass, AMY – dram, dan MAEL sebagai penyanyi utama…inilah yang dirindui peminat mereka. Kombinasi yang ada karismanya tersendiri. Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun 1997, di kala penerbitan album keempat mereka,  BRUTAL yang masih berbisa hingga ke saat ini.

Menyentuh tentang album terbaru  XPDC, “RASOPARISO” akan memaparkan lagu-lagu baru XPDC yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Ballad, Moderate, dan 60’s / A go-go. Keempat-empat konsep ini adalah konsep-konsep muzik yang pernah menaikkan nama XPDC dipersada muzik tanahair.

Elemen kombinasi ini sebenarnya datangnya dari 4 album mereka sebelum ini iaitu album: Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, & Brutal yang digabungkan dalam album penyatuan semula mereka ini demi menyempurnakan kerinduan peminat mereka.

“RASOPARISO” juga adalah kesinambungan bagi album “ROCK UNION” yang telah diterbitkan dan dipasarkan pada tahun 2008. Album tersebut adalah terbitan bersama Life Records dan EMI Malaysia.

Antara lagu-lagu yang bakal berada di dalam album terbaru ini pula ialah:

  1. Rasopariso (reggae rock)
  2. Aku Tetap Aku (ballad)
  3. Aku Yang Hilang (moderate)
  4. Apalagi Nak Di Kenang (A gogo)
  5. NtahyeNtahtidak (Moderate)
  6. Sana Sini Sama Saja (Heavy Metal)
  7. Rasa (ballad)
  8. Sampai Bila (Heavy Metal)
  9. Puing Cinta (60’s)
  10. Negatif (Heavy Metal)
  11. Curahan Rasa (moderate ballad)
  12. Menentang Arus (moderate ballad)

“RASOPARISO” bermaksud budi-baik. Ianya cukup sesuai dengan tujuan gabungan dan album mereka ini yang mana tidak lain dan tidak bukan menjadi buah tangan mereka untuk industri muzik tanahair dan juga peminat-peminat XPDC sendiri. Album dan gabungan ini juga sebagai satu balasan yang diterjemahkan sebagai satu penghormatan buat Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai J.S Kevin.

Individu yang menamakan kumpulan ini sebagai XPDC. Disamping menjadi penerbit eksekutif bagi kumpulan ini, Allahyarham jugalah yang banyak mengubah lagu & lirik berhantu kumpulan ini.

Album RASOPARISO yang diterbitkan oleh kumpulan XPDC sendiri dijangkakan untuk menjengah pasarannya sekitar bulan March / April 2009. Apa yang pasti, Mael, Izo, Zuar dan Amy akan bergerak semula sebagai XPDC Reunion untuk memanaskan kembali suasana industri muzik tanahair. Dijangkakan juga mereka akan membuat sebuah persembahan istimewa di atas gabungan semula dan penerbitan album terbaru ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. ni yang buat aku tak sabar2 tunggu ni..
    diharapkan album ni dapat mengembalikan kegemilangan xpdc… yeahh!!!

    tapi apesal letak gambar line-up XPDC V6 tu…?

  2. Tak sabar rasanya nak dengar album XPDC Renion setelah 12 tahun. Kepada peminat-peminat rock belilah CD original untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka serta menghavockan persada muzik tanah air.
    Kepada Mael, Izo, Zua dan Amy anda the best, kekalkan sikap low profile anda kerana itu yang membuatkan anda tetap di hati peminat-peminat rock tanah air dan kekal hingga ke hari ini.

  3. ade dgr demo sket tjuk lagu aku tetap aku tuh…
    mmg best!!…xsabar neh nk dgr stu album neh…

  4. Assalamualaikum.

    Muzik XPDC tidak akan mati selagi kami masih menyokong perjuangan kalian.
    Biar apa orang nak kata, yang penting perjuangan perlu diteruskan dengan line-up asal.
    Untuk album RASOPARISO, kami mengharapkan dapat mengubat kerinduan terhadap sentuhan terbaru XPDC yang dinanti sekian lama.

    Selamat berpuasa, wassalam

  5. Geng,

    Ambo dah dengar lagu Rasopariso di radio Suria FM , mmg best!!! Tapi dah ada ke di pasaran??

    Kita tunggu kemunculan.

    adioss

  6. Bro,
    Gua dah tak sabar nak dengar album baru xpdc, dengan kemunculan semula idola kesayangan gua iaitu MAEL,pasti lebih POWER & METAL…
    Hidup XPDC, Teruskan Perjuangan LU. WA CAYA SAMA LU BRO!!!!!!!!!!!

  7. Mane album, mane wei? Aku dah separuh giler dah ni, nk tunggu album RASOPARISO ni. Bertahun2 aku menanti. Satu Malaya aku dah round, sume jawapan same, “Blum sampai lagi la bro..” Korang tau x betapa tnsionnyer aku pd waktu tu??!!

  8. Tunggulah album RASOPARISO akn release pada 2.11.2009. Dapatkan yang ori. Best line up of XPDC. Mael,Izo,Zuar Dan Amy.

  9. Tahniah Izo, Mael, Zua, Amy….Gabungan ini sungguh bermakna buat kami.. Kami tetap menyokong karier kalian dalam irama heavy metal. Terima kasih kerana kalian telah melunaskan janji terhadap kami. Kepada semua PENYOKONG XPDC pastikan apatkan yang original….

  10. Kat JB Rasopariso dah ada..best woooo berbeza dengan album terdahulu, buat aku lebih bersemangat..walaupun sedikit mengecewakan kerana hanya ada 7 lagu baru…. lagu fav gua Ntahye Ntahtidak dan Rasa…dapatkan yang original ok dan jangan upload dulu..

  11. sesiapa yg berani upload album terbaru band kesayangan gua XPDC ni gua akan kasi penampar & flying kick!!!!!!!

  12. Salam buat smua penyokong XPDC….Akhirnya tercapai haja wa utk melihat XPDC bersatu semula…Teruskan perjuangan lu orang.Album lu memang best giller cuma stesen radio kat malaysia nie semua buta muzik kecuali suria fm.Kpd rakan2 diluar sana harap dapatlah beli yg ORIGINAL…

  13. salam…tahniah wat XPDC kerana bergabung kembali setelah sekian lama menyepi..aku mmng peminat korang lagu2 korang mmng bes n muzik korang mmng asli dr identiti korang sendiri…aku dh beli album korang n aku berpuas dgr lagu2 korang lame tuu xdgr XPDC beraksi….aku harap dpt XPDC teruskan perjuangan demi peminat2…
    XPDC tetap XPDC….
    station2 radio supportla artis2 malaysia kite same2 cr makan klu xde lagu xdela radio hehehe….
    aku harap lepas ni XPDC dptla teruskan dgn album yg lg menyenyat jgnla sampai disini saje…pecayela peminat2 dahagekan muzik XPDC….
    anggapla album ni sebagai percubaan pertame XPDC kembali semula n seperti korang mule2 tertubuhnye XPDC dulu…

  14. dalam album ni aku paling suka lagu rasapariso, rasa, & sana sini sama saja. aku memang 100% puas hati dengan album ni, siap beli bagi hadiah kat 3 org kawan & sepupu lagi..XPDC RULEZ!!!KEEP ON ROCKIN!!!!

  15. gua mamang tak suka FAIZAL TAHIR.dia tu memeng melayu tak sedar diri.apa dia fikir dia tu ROCK,menyanyi pun sengau ada hati nak jadi ROCK.

  16. aslmlkum kpd XPDC….wat utk Mael, Izo, Zuar dan Amy gua ucapkn selamat hari raya wat lu smua. gua tgok konsert reonion kt tv 9 mmg gempak habis………cayalah lu smua…..gua pminat lu smua…..HIDUP XPDC……TRUSKAN PERJUANGAN……GUA SOKONG XPDC…….GUA HRAP XPDC dpt buat KONSERT seluruh MALAYSIA………HIDUP ROCK,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

  17. seyes,
    mmg lagu album ni berhantu….minat gile lagu Puing Cinta…siap kuar kat tv3 seh….raspek ar…mmg best

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rizu Tersingkir Dari One In A Million

Fast & Furious Lakonan Vin Diesel, Paul Walker, Michelle Rodriguez