Rizu Tersingkir Dari One In A Million

Semalam telah berlangsung Konsert ke-7 OIAM dan telah mengumumkan pelajar yang tersingkir pada minggu ini ialah RIZU, yang membawa lagu Naluri Lelaki (Samson) pada konsert minggu lepas. Satu berita yang mengejutkan kerana Rizu antara pelajar yang begitu konsisten dan mempunyai laungan vokal yang mantap. Rizu telah menerima bekerja keras memperbaiki kelemahan dengan kritikan positif dan membina, namun itu semua tidak mempengaruhi undian SMS dari pengundi. Rizu menerima penyingkiran dengan hati yang terbuka.

Kerjaya Rizu dalam bidang nyanyian akan diteruskan. Tidak lama lagi Rizu akan keluar dengan album baru yang sudah enam tahun terperap. Menyedari kontraknya akan tamat tidak lama lagi, kemungkinan besar, kontrak pemenang AIM ini dengan Broadway Entertainment akan dilanjutkan.

Paling sedih ialah Amylea yang menganggap Rizu seperti adiknya sendiri.

Ini menjadikan Rizu adalah lelaki pertama disingkirkan dari OIAM musim ketiga. Yang tinggal kini ada empat peserta lelaki iaitu Tomok yang membawakan lagu Umbrella nyanyian Rihanna (Umbrella – Rihanna), Nine (Cinta Gila – Grey Sky Morning), Aweera (Di Penjara Janji – Awie) dan Simon (Livin’ On A Prayer – Bon Jovi).

Manakala peserta perempuan yang kekal bersaing dalam program realiti itu ialah Amylea dan Esther.

Amylea menyanyikan lagu Somewhere Only We Know yang dipopularkan Keane sementara Esther membawakan lagu Sweet About Me nyanyian artis Gabriela Cilmi.

Juri Syafinaz Selamat dan Paul Moss mengumumkan imuniti bagi para peserta secara automatik dimansuhkan bagi minggu ini, iaitu minggu ke-7, dan seterusnya. Ini bermakna bermula minggu ini, nasib semua peserta akan ditentukan 100 peratus menerusi undian para penonton.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Peraduan Tulis Senikata Lagu Baru Imran Ajmain

Album XPDC Reunion RASOPARISO