in

Album DIA Fauziah Latiff & Francissca Peter

Dua orang artis yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air, FAUZIAH LATIFF dan FRANCISSCA PETER, kini digandingkan dalam satu album kompilasi terbitan Warner Music Malaysia Sdn Bhd. Terimalah “DIA”, album yang menampilkan lagu-lagu terbaik mereka, khas buat anda…

Fauziah Latiff Dan Francissca Peter

DIA – FRANCISSCA PETER & FAUZIAH LATIFF

Buat julungkalinya, Fauziah Latiff dan Francissca Peter digandingkan bersama dalam sebuah album kompilasi “Dia”. Selepas kejayaan album kompilasi “Jamal Abdillah & Azlina Aziz – Di Sini Buat Pertama Kali” yang mendapat sambutan menggalakkan, Warner Music kini meneruskan usaha ini dengan menggandingkan dua orang seniwati pujaan ini yang telah pun bertapak di hati peminat arena seni tanahair.

Dengan menampilkan hasil karya komposer terkenal Manan Ngah, album ini yang bertemakan lagu-lagu cinta akan membuai jiwa para pendengar dengan irama balada yang mengasyikkan.

Bagi peminat setia Fauziah Latiff dan Francissca Peter serta peminat lagu-lagu balada era 90-an khasnya, jangan lepaskan peluang untuk memiliki album ini yang boleh didapati di pasaran dengan harga hanya RM27.90 bagi cakera padat, manakala hanya RM20.90 bagi video cakera padat.

Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam CD album ini:

Disc 1
Dia – Francissca Peter
Kau Merubah Segalannya – Fauziah Latiff
Aku Yang Pendatang – Francissca Peter
Aku Sebutir Pasir – Fauziah Latiff
Sekadar Di Pinggiran – Francissca Peter
Cintamu Terbenam Di Hatiku – Fauziah Latiff
Aku Kehilanganmu – Francissca Peter
Tiada Noktah Cinta – Fauziah Latiff
Akulah Kekasihmu – Francissca Peter
Teratai Layu Di Tasik Madu – Fauziah Latiff
Semalam – Francissca Peter
Aku Masih Seperti Dahulu – Fauziah Latiff
Kau Bintangku – Francissca Peter
Dari Tangga Ke Menara – Fauziah Latiff
Kerna Terpaksa – Francissca Peter
Gubahan Rindu Puisi Syahdu – Fauziah Latiff

Disc 2
Dia – Fauziah Latiff
Cintamu Duri Di Hati – Francissca Peter
Antara Kini Dan Semalam – Fauziah Latiff
Diriku Terbelengu – Francissca Peter
Setia Kukorbankan – Fauziah Latiff
Rindu Memaksaku Menyayangimu – Francissca Peter
Menjauhkan Diri – Fauziah Latiff
Kau Lilin Cintaku – Francissca Peter
Yang Lebih Kau Cinta – Fauziah Latiff
Janji Kekasih – Francissca Peter
Bukan Kemahuan Fikiran – Fauziah Latiff
Mawar Terpinggir – Francissca Peter
Apa Sebenarnya – Fauziah Latiff
Di Genggam Sepi – Francissca Peter
Enggan – Fauziah Latiff
Andainya – Francissca Peter

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fazura di Pelancaran LUX Soft & Silky Smooth

Rockin it out With AirAsiaRedTix.com This July