in

Album Baru Anuar Zain Antara Yang Paling Mahal Dihasilkan

Penyanyi Anuar Zain berkata album kelimanya berjudul Anuar Zain menelan belanja termahal yang pernah dihasilkan iaitu mencecah ratusan ribu ringgit.

Anuar Zain Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 46, berkata, kos tersebut melibatkan proses pembikinan lagu, termasuk penghasilan kulit album yang eksklusif.

Pelancaran Album Anuar Zain 2016

Album Baru Anuar Zain Antara Yang Paling Mahal Dihasilkan

“Album ini adalah yang termahal dihasilkan berbanding album-album terdahulu dan boleh dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit.

“Antara kos terbesar ialah dari pembikinan lagu itu dibuat secara teliti dan sesi fotografi menggunakan helikopter bagi mendapatkan gambar eksklusif untuk kulit album ini,” ujarnya.

Pelancaran Album Anuar Zain 2016

Anuar ditemui pada majlis pelancaran album baharunya itu di Hotel Le Meridien, di sini, pada Isnin.

Bagaimanapun, dia bertuah apabila dibantu dengan beberapa tajaan daripada syarikat korporat termasuk Wonder Glow, Mydin, Skin Glow, ERM dan Cuisine Inspire.

Album tersebut memuatkan lapan buah lagu iaitu Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.




Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Sedetik Lebih ini berkata, cabaran utama ialah membuat pemilihan lagu dan bunyi yang bersesuaian.

Pelancaran Album Anuar Zain 2016

“Proses mencari lagu agak stress dan untuk mencari bunyi yang diinginkan sehingga saya berpuas hati bukan sesuatu yang mudah.

“Boleh dikira lima kali juga lagu-lagu tersebut untuk diubah bunyi sehingga dapat betul-betul yang saya mahukan,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang keadaan industri muzik yang semakin tenat, penyanyi tersebut memberitahu dia tidak pernah memikirkan tentang kerugian.

Katanya, sebagai penyanyi, ia merupakan satu tanggungjawab untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sejak berada dalam industri seni.

“Saya tidak fikir tentang rugi kerana kerana bagi saya ia adalah sebuah tanggungjawab sebagai anak seni kepada peminat-peminat, ia juga tanggungjawab untuk industri seni itu sendiri.

“Insya-Allah, rezeki itu akan datang dari sudut yang lain dan tidak semestinya dengan penghasilan album,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Anuar turut melancarkan klip video lagu berjudul Andainya Takdir yang bakal dimuat naik di YouTube Sabtu ini.

Klip video tersebut turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis.

Sumber: Mstar Online
Foto: Firman Mohtar

Pelancaran Album Anuar Zain 2016

Pelancaran Album Anuar Zain 2016

Pelancaran Album Anuar Zain 2016

Pelancaran Album Anuar Zain 2016

Pelancaran Album Anuar Zain 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penginapan Selesa dan Lokasi Strategik di Bali Dynasty Resort

Ini Dia Pemenang iPhone 6s Peraduan Power Up for Pokémon Go