in

Akustik Tour Imran Ajmain Sempena 100 Hari Tanpa Rokok

Sempena sambutan 100 hari bebas dari merokok, penyanyi/pencipta lagu www.imranajmain.com bakal mengadakan sebuah siri persembahan akustik di merata Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan juga di Singapura pada bulan Julai ini.

6hb Julai – Kunang-Kunang (Gombak)
14hb Julai – Ayers Rock Butcher & Grill (WangsaMaju)
19hb Julai – Badoque Cafe (Singapore)
20hb Julai – Senyap The Hub, Shah Alam Extreme Park (Shah Alam)
24hb Julai – Station 1 Cafe (Sunway)
28hb Julai – Bora Ombak (Ampang)

Semuanya bermula pada jam 8 malam.

Setelah genap seratus hari Imran menghitung secara rahsia di akaun Twitter-nya, dia mendedahkan bahawa beliau telah pun berhenti merokok dalam sebuah video: http://goo.gl/WAJWy dan ia membawa respons yang sangat positif pada hari itu di Twitter sehingga tercetus perbincangan bersama ‘followers’ tentang perjumpaan bersama penggemar muziknya. Terjadilah ‘acoustic tour’ ini.

Imran bakal menyanyi lagu-lagu dari album pertamanya, ‘Dengan Secara Kebetulan’ seperti ‘Seribu Tahun’, ‘Sudah tu Sudah’, album keduanya ‘Punca dan Tindakan’ seperti ‘Selamat Ulang Tahun Sayang’, ‘Radio’, ‘Jika Engkau Pergi’ dan akan memperkenalkan lagu-lagu barunya yang dijangka ada di pasaran tidak lama lagi.

Tetamu undangan termasuk Fazley Yaakob yang juga akan menerbitkan album baru tahun ini, dan pembuka tirai untuk tiap lokasi, pendatang baru, Tengku Adil dari Singapura. Penyanyi muda, Najwa Latif, akan turut membuat persembahan untuk tarikh 24hb Julai di Sunway.

Persembahan ini semua akan bertempat di kafe atau restoran, dan tiada dikenakan bayaran tiket. Orang ramai dialu-alukan untuk membuat tempahan meja supaya tidak kecewa.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk ke twitter @imranajmainHM

www.imranajmain.com

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pacifica Unveils Bertazzoni LaGermania in Malaysia

Transformers: Dark Of The Moon Makes History In Malaysia