Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Akui Sudah Bercerai, Nadia Brian Enggan Lagi Dikaitkan Dengan Bekas Suami

Pelakon Nadia Brian yang mengesahkan sudah bercerai kini menyatakan enggan lagi dikaitkan dengan bekas suami, Muizz Nasruddin. Menerusi perkongsian di Instagram, Nadia turut meluahkan rasa syukurnya setelah lama digantung tanpa tali.

“Assalamualaikum semua, yes betul saya sudah bercerai. Alhamdulillah saya sangat bersyukur setelah beberapa lama gantung tanpa tali. Terima kasih Allah, keluarga, rakan-rakan serta semua yang mendoakan semuanya berakhir dengan baik.

“Dan saya harap semua pihak jangan kaitkan saya & Keluarga dengan pihak sana. Sekarang masing-masing boleh teruskan kehidupan dengan lebih aman. Fokus saya sekarang ini adalah keluarga dan kerjaya,” tulisnya.

Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada November 2019, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka dikatakan mula dilanda masalah sejak tahun lalu.

Bekas Suami Doakan Nadia Brian Dapat Kebahagiaan Yang Dicari

“Selepas ini saya harap jangan kaitkan saya bersama dia lagi. Saya doakan yang terbaik buat Nadia dan semoga dia dapat kebahagiaan yang dicarinya,” demikian kata bekas suami Nadia Brian, Muizz Nasruddin yang berharap tiada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan pelakon itu serta mendoakan supaya bekas isterinya bertemu kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Setelah sekian lama rumah tangga bergoyah, akhirnya bertemu titik noktah apabila Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, dan Muizz, 30, sah bercerai talak satu. 

Selepas memfailkan perceraian pada Oktober tahun lalu, Muizz berkata bersaksikan wakil daripada dua pihak, dia dan Nadia sudah pun berpisah secara sah. Ujarnya, dia melafazkan cerai di luar mahkamah supaya mereka dapat ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing. 

“Lafaz cerai dilakukan malam Jumaat lalu di kawasan perumahan di Puchong dan bersaksikan wakil daripada dua pihak. Disebabkan mahkamah lambat menetapkan tarikh perbicaraan, saya membuat keputusan untuk melafazkan cerai di luar mahkamah. Dengan cara ini kami dapat ‘move on’ dengan kehidupan kami,” jelasnya. 

Sebelum ini, Muizz turut memuat naik status di Instagram seakan-akan memberi bayangan mengenai status rumah tangga mereka dengan mengatakan dia ingin memulakan kehidupan baharu. 

Terdahulu, isu pergolakan rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan sejak Oktober lalu dan lebih mencetuskan tanda tanya apabila Muizz turut mendakwa Nadia curang terhadapnya. 

Bagaimanapun pelakon drama ‘Titian Takdir’ itu menafikan semua tuduhan terhadapnya sebelum ini, malah menyifatkan ia sebagai fitnah semata-mata. 

Untuk makluman, Nadia mendirikan rumah tangga dengan Muizz pada 9 November 2019 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version