in , , ,

Neelofa & PU Riz Sudah Beri Keterangan Pada Polis

POLIS selesai mengambil keterangan pasangan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Riz berhubung siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan mereka.

Polis mengesahkan sudah merekodkan keterangan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali PU Riz petang tadi, berhubung majlis perkahwinan pasangan itu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan itu minggu ini sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Polis selesai rakam keterangan Neelofa dan suaminya petang tadi. Percakapan mereka bagi melengkapkan kertas siasatan,”

“Kertas siasatan dijangka siap dalam minggu ini setelah keterangan beberapa orang keluarga lagi akan direkodkan,”

– Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah

Sebelum ini,  polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Susulan itu pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan penganjur majlis iaitu pengasas Syarikat Reka Teemor Faiz Sabari serta isterinya Rozana Mumtaz sudah tampil memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada 30 Mac lalu.

Menerusi sidang media pada petang Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, meminta agar dia diberikan ruang untuk menyelesaikan semua isu berbangkit secara tertutup tanpa tekanan pihak luar.

Ujarnya, dia sedia menyelesaikan isu majlis pernikahan tidak patuh SOP serta dakwaan menyalahguna kebenaran rentas negeri secara profesional.

Neelofa sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail, 26, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Mazlein | 20

“Ya Kak Kepom Pregnant”Akhirnya Elly Mazlein Sahkan Hamil Anak Kedua

Nadia Brian | 21

Akui Sudah Bercerai, Nadia Brian Enggan Lagi Dikaitkan Dengan Bekas Suami