in

Aksi Bruce Willis Dalam Film Die Hard

Filem aksi sememangnya menjadi pilihan penonton terutama bagi yang memilih untuk meluangkan masa senggang malam hujung minggu mereka di rumah. Apatahlagi jika filem aksi sebegitu dibintangi oleh aktor-aktor hebat yang pastinya menyumbang kepada keberkesanan watak ingin disampaikan.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot tontonan ramai Saturday Nite Special On 2 membawakan filem Die Hard 4 : Life Free Or Die Hard pada 30 Januari 2010 (Sabtu), jam 10.30 malam di TV2.

Bertitik-tolak kejayaan filem Die Hard, sebuah filem aksi yang mampu membuatkan penonton berbangga dan berpuas hati dengan tayangannya, filem tersebut muncul kembali menerusi filem keempatnya, Die Hard 4 : Life Free Or Die Hard yang ditayangkan sekitar tahun 2007 lalu.

Kali ini filem arahan Len Wiseman kembali dengan menceritakan di mana suatu ketika sambutan kemerdekaan di Amerika Syarikat. Namun, tanpa diduga berlaku serangan pada seluruh prasarana komputer Amerika Syarikat mulai melumpuhkan seluruh negeri.

Filem aksi kali ke empat lakonan aktor Bruce Willis ini ternyata mampu memberikan impak yang lebih berkesan kerana sarat dengan babak-babak aksi berbanding filem-filem yang sebelumnya.

Menerusi film ini, John McClane harus berhadapan dengan musuhnya yang menyerang Amerika Syarikat dengan kecanggihan sistem komputer. Ternyata serangan tersebut telah berjaya melumpuhkan komputerisasi di bidang transportasi, kewangan dan terakhir adalah pembangkit tenaga.

Die Hard 4 menyumbang kepada perkembangan adegan-adegan aksi mendebarkan yang terjadi ketika detektif ini cuba untuk menghancurkan sebuah helikopter dan sebuah pesawat tempur F-35.

Selain dibintangi aktor terkenal Bruce Willis, filem ini turut mempertaruhkan pelakon seperti Timothy Olyphant, Maggie Q, Mary Elizabeth Winstead, Justin Long, Kevin Smith, Cyril Raffaelli, Tim Russ, Jonathan Sadowski, Allen Maldonado, Yancey Arias, Jack van Landingham, Yorgo Constantine dan Chris Palermo.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan barisan pelakon-pelakon hebat ini beraksi menerusi Die Hard 4 : Life Free Or Die Hard pada 30 Januari 2010 (Sabtu), jam 10.30 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xpresi Kembara Bersama Couple di Cameron Highland

Gambar Linda Jasmine di Pelancaran Album Nas Adilla