in

Ako Mustafa, Safura, Sidek Hussin, Siti Fazurina Dalam Drama Kanak-Kanak

PROGRAM ISTIMEWA CUTI SEKOLAH MENERUSI RTM1.

Cuti persekolahan menjengah lagi. Pasti ramai ibu-bapa membuat perancangan tersendiri untuk memenuhi masa terluang anak-anak mereka. Sebagai memberi pilihan kepada kanak-kanak untuk menghabiskan percutian mereka bersama keluarga di rumah, RTM menyediakan pelbagai program menarik untuk tontonan seisi keluarga menerusi RTM1. Sempena musim cuti persekolahan ini RTM1 akan menyiarkan dua buah drama menarik “Bius Batang Pisang” dan “Kelas Jr. Intelek” buat tatapan kanak-kanak bagi mengisi masa terluang.

‘Bius Batang Pisang’, terbitan Cinematic Sdn Bhd. bakal menemui semua penonton cilik pada 1 Disember 2008 (Isnin) pada jam 3.05 petang. ‘Bius Batang Pisang’ merupakan sebuah drama komedi yang cuba mengangkat nilai budaya Melayu sebagai temanya. Ia juga cuba mengingatkan kita supaya lebih mengenal salasilah diri dan berbangga dengan asal usul kita sebagai bangsa Melayu yang kaya dengan pelbagai adat resam yang masih relevan untuk digunapakai di era globalisasi serba moden ini.

Menerusi telemovie ini watak Doktor Majid digambarkan sebagai seorang yang kuat pegangan nilai Melayunya. Berkelulusan dari luar negara dan membuka kliniknya sendiri, Doktor Majid memilih untuk memberi khidmat di kampung halamannya kerana lebih selesa bergaul dengan masyarakat desa yang kebanyakkan hidup dengan semangat kejiranan yang jitu. Dia juga bijak menggabungkan ciri-ciri tradisional Melayu dan moden dalam kehidupannya bagi memastikan nilai estetika Melayu tidak pudar ditelan arus zaman yang serba mencabar ini.

Telemovie ini berkisar mengenai dilema Doktor Majid, yang ingin mengkhatankan anak tunggalnya Ariff dengan cara tradisional kerana terpaksa mengikut wasiat arwah bapanya, Haji Jali yang ingin semua warisnya berkhatan secara tradisional bagi memelihara nilai dan budaya Melayu. Arwah Haji Jali merupakan seorang tok mudim yang terkenal sewaktu hayatnya. Doktor Majid berat hati, namun kerana ingin menunaikan wasiat arwah bapanya, dia terpaksa juga memilih kaedah tradisional dalam mengkhatankan Ariff.

Barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah Eman Manan, Hirzi Jalil Hamid, Raja Azura, Norlia Ghani dan Roslan Salleh.

Manakala “Kelas Jr. Intelek” bersiaran pada 4 Disember 2008 (Khamis) pada jam 3.05 petang. Drama ini memaparkan kisah Johan Ramli yang menjadi idola kampung kelahirannya setelah beliau satu-satunya anak muda kampungnya yang berjaya melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Malah kisahnya menjadi topik perbualan dan diangkat menjadi contoh kepada masyarakat setempat. Tidak kurang kejayaannya diidamkan oleh tiga orang budak kampung, Alim, Badrul dan Naim.

Namun apabila pulang ke kampung bercuti, hatinya sedih melihat Alim dan Badrul yang sepatutnya ke sekolah sebaliknya memilih memancing dan juga mengumpul tin kosong untuk dijual. Timbullah idea untuk memberikan sebuah satu kelas motivasi kepada anak-anak tadi agar mereka sukakan ilmu.

Johan tidak mengajar subjek formal seperti di sekolah sebaliknya pelajar diajak bermain Sahiba, menyanyikan lagu Inggeris, bersukan dan sebagainya untuk menaikkan semangat mereka. Pelajar mula sukakannya dan memberikan tumpuan pada pelajaran masing-masing.

Perkara ini tidak disukai oleh Pak Jalal yang mahukan anaknya Cikgu Hafiz yang lebih berkelayakan untuk mengambilalih kelas tersebut untuk mendapatkan nama. Cikgu Hafiz pula mempunyai agenda sendiri untuk memikat Cikgu Nani. 

Drama terbitan Keris Motion Sdn. Bhd. ini membariskan pelakon popular seperti Ako Mustafa, Safura, Sidek Hussin, Siti Fazurina, Aznah Hamid, Amir Pearl dan Rosly Sako.

Pastikan anak-anak anda tidak akan melepaskan peluang keemasan menonton dua buah telemovie khas cuti sekolah ini menerusi RTM1, Saluran Inforia.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

FIRZ FAIRUZ, ZED ZAIDI, SHUKERY HASHIM DALAM DRAMA ADAM

Official Trailer For Film Antoo Fighter – Amukan Drakulat