in ,

Akhirnya Kecundang Jua, Puteri Sarah Liyana Sedih Positif Covid-19 Walaupun Dah Jaga SOP

Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 35, disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan ketiga, semalam. Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkongsi berita duka itu menerusi laman Instagram dan Facebook, petang ini.

Walaupun sudah dua kali menjalani ujian calitan dan disahkan negatif Covid-19, Puteri Sarah berkata, dia akhirnya ‘kecundang’ jua. Katanya, ia menunjukkan betapa bahayanya Covid-19 dan wabak itu masih boleh mengancam walaupun seseorang mematuhi sedaya upaya segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sebaik-baik kita menjaga SOP dan tak campur orang, akhirnya kecundang jua.

“Bermula penggambaran, ada dua kontak rapat positif COVID-19, tetapi saya adalah taip C dan orang yang dijangkiti tidak dekat dengan saya. Namun, Allah mungkin nak cuci dosa-dosa, saya terkena juga.

“Sebelum ini, saya sudah dua kali menjalani ujian calitan dan keputusannya negatif disebabkan akan menjalani penggambaran drama. Sedihnya, saya disahkan positif apabila melakukan ujian calitan ketiga, semalam. Ini kerana saya tiada deria rasa apabila makan, cirit birit dan selsema, sejak hari raya kedua.

“Saya mula hilang deria bau sejak semalam, malah makan pun tak rasa apa-apa. Jadi, saya ambil keputusan pergi melakukan ujian calitan sekali lagi,”

Menurut isteri pengarah terkenal, Syamsul Yusof, itu lagi sebelum ini dia tidak mengalami sebarang gejala Covid-19 selain berasakan tubuh badannya sihat seperti biasa.

“Sebelum ni ada kuarantin, tak ada simptom apa-apa pun. Sarah sihat tapi terkena juga,” katanya.

Akhirnya Kecundang Jua, Puteri Sarah Liyana Sedih Positif Covid-19 Walaupun Dah Jaga Sop
Puteri Sarah Liyana bersama suaminya, Syamsul Yusof dan dua cahaya mata, Syaikhul Islam serta Sumayyah ketika menyambut 1 Syawal lalu.

Justeru Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 35, berpesan agar sesiapa kontak rapat dengannya bermula 10 Mei lalu untuk segera menjalani ujian calitan.

“Saya memohon maaf kepada sesiapa yang menjadi kontak rapat dengan saya sejak 10 Mei lalu. Saya mohon pergilah menjalani ujian calitan.

“Minta maaf kepada keluarga, suami dan anak-anak. Doakan kami semua. Nasihat saya, jangan keluar rumah jika tiada keperluan penting. Jaga diri semua,” 

Katanya, dia tak menyangka dirinya positif COVID-19 berikutan tidak mengalami simptom sepanjang menjalani tempoh kuarantin kendiri.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa | 22

Isu Merentas Negeri ke Nilai 3, Neelofa & Suami Bakal Didakwa di Mahkamah Esok

Aiman | 23

Kisah Ragam & Gelagat Lelaki Dalam Drama Bersiri AHLI BAPAK BAPAK CLUB Arahan Tam Suhaimi