in , ,

Isu Merentas Negeri ke Nilai 3, Neelofa & Suami Bakal Didakwa di Mahkamah Esok

Isu Neelofa menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet dan netizen mempersoalkan bagaimana dia boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, esok berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri. Pasangan itu dijangka berdepan pertuduhan melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret Dua Seremban atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini untuk membeli karpet.

Pasangan pengantin baharu itu akan didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Neelofa

“Pendakwaan dijangka pada jam 9 pagi,” kata sumber yang dihubungi petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman, enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu kemudian.

Pada 4 Mei lalu, pengacara dan usahawan popular serta pendakwah bebas itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan.

Kedua-duanya memberi keterangan selama empat jam berhubung pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet terbabit.

Isu Neelofa menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet dan netizen mempersoalkan bagaimana dia boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Perkara berkenaan mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.

Dalam video yang dikongsi juga, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai terbabit yang terletak di Nilai 3.

Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Che Zakaria Othman yang mengesahkan hal itu berkata, siasatan dilakukan mengikut perundangan yang ada dan tiada sebarang keistimewaan diberi. 

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dolla | 23

Dolla Tunjuk Bakat Sebagai Pelakon, Bakal Muncul Dalam Telefilem DOLLA WATCH ME GLOW

Puteri Sarah | 24

Akhirnya Kecundang Jua, Puteri Sarah Liyana Sedih Positif Covid-19 Walaupun Dah Jaga SOP