in ,

Akhirnya Filem Tanda Putera Ditayangkan Pada 29 Ogos 2013

Selepas menempuh pelbagai dugaan dan polemik, akhirnya filem Tanda Putera yang ditangguhkan penayangannya akan ditayangkan pada 29 Ogos. Sebelum ini, banyak pihak khususnya pembangkang tidak bersetuju dengan penerbitannya. Yelah, mula-mula 13 September, kemudian ditangguhkan lagi ke 15 November dan sekarang tarikh finalnya ialah 29 Ogos. Budiey tak sabar nak tengok respon dari pemonton.

[dropcap]S[/dropcap]ekarang, nampaknya semua kontroversi yang dibangkitkan mengenai filem kenegaraan ini sudah pun berlalu dan keputusan menayangkan filem arahan Datuk Suhaimi Baba itu dipercayai tidak akan memberi kesan seperti mana yang disuarakan oleh pihak tertentu sebelum pilihan raya umum lalu.

Finas telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa (Wajib Tayang) yang dipengerusikan Datuk Mustapha Maarof (pengerusi jawatankuasa itu), dan keputusan yang dibuat jawatankuasa itu ialah filem ‘Tanda Putera’ akan ditayangkan 29 Ogos ini. Yeay!

Ingat senang ke nak buat Tanda Putera ni? Susah tau! Kalau takde pengalaman yang luas, memang filem ini sukar untuk direalisasikan. Tahniah kepada pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba serta barisan pelakon utamanya, Rusdi Ramli dan Zizan Nin. Satu karya mereka yang terbaik setakat ini.

Antara sebab utama mencabarnya Tanda Putera adalah kerana jalan ceritanya sendiri yang dianggap paling berani serta paparan kisah benar yang penuh tragik membabitkan dua bekas pemimpin tertinggi negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein serta timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Selain itu, Shuhaimi juga berdepan cabaran memanfaat teknologi pembikinan filem yang canggih dengan bersandarkan bajet mencecah sehingga RM4.5 juta.

Paling berani dalam konteks filem ini tentunya paparan mengenai tragedi 13 Mei 1969 yang selama ini dianggap isu sensitif dan bagaimana huru-hara itu berjaya dipulihkan dengan bijak oleh Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail serta Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Poster Tanda Putera

Sinopsis Filem Tanda Putera

[dropcap]T[/dropcap]anda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan Negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga.

Mereka memiliki aura yang kuat. Ketegasan dan keazaman mereka memenangi hati dan menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara, anak muda Zaman serta rakan-rakan mereka.

Apabila mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan diberitahu doktor dia hanya ada 2 tahun lagi, Tun Razak bersyukur bahawa Tun Dr Ismail, orang yang dipercayainya yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara.

Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi pemergian Ismail yang tidak disangka-sangka kerana serangan sakit jantung merupakan satu kejutan besar buat Razak dan hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara walau pun sentiasa diancam aktiviti Komunis dan Radikal yang mensasarkan Pegawai Polis tertinggi Negara.

Razak mengambil langkah berani – membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu tertentu. Lawatannya ke China yang sangat berjaya dan menerima sambutan yang begitu meriah dan bermakna daripada Ketua Pemimpin China itu membuatkan anasir subversif dan Komunis membalas dendam.

Mereka membunuh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak dengan kejam. Cubaan membunuh DSP Kulasingam gagal. Beliau terselamat walau pun ditembak 18 das. IGP baru, Hanif, berjanji tidak akan berhenti mencari mereka yang bertanggung jawab sehingga tertangkap.

Polisi Razak mula berkesan dan membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar daripada perangkap kemiskinan tegar. Razak menjadi simbol harapan dan menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Razak cuba melawan penyakitnya, didorong keinginan untuk pulang ke Tanah Air, walau pun doktor tidak membenarkannya. Namun perjuangan Razak berakhir di sebuah klinik di London apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir, tanpa disedari rakyat Malaysia yang dikasihinya.

Details Filem Tanda Putera :
Filem : Tanda Putera
Usahasama : Finas & Pesona Pictures
Dengan Kerjasama : MDEC
Genre : Drama, Suspen, Aksi (Berlatarkan tahun 70 an)
Durasi : 118 min
Klasifikasi : P13
Format : 35mm & HD
Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2013
Pengedar & Promosi : Alternate Pictures Sdn. Bhd

Lakon Layar, Penerbit & Pengarah : Datin Paduka Shuhaimi Baba FDAM
Cerita : Shuhaimi Baba, Noraini Baba, Halina Abd Samad
Penerbit Eksekutif : Aida Fitri Buyong & Haji Zulkifli Wahab
Penerbit : Kavita Sidhu
Penasihat : Dato’ Mohd Mahyidin Mustakim

Facebook : http://www.facebook.com/TandaPutera
Twitter : @TandaPutera

Presskit Tanda Putera Press Preview-07

Presskit Tanda Putera Press Preview-08

Presskit Tanda Putera Press Preview-09

Presskit Tanda Putera Press Preview-10

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Air Yassin Lakonan Azam Pitt

Norman Hakim | 21

Apa Komen Norman Hakim & Memey Suhaiza, Zul Ariffin Bila Abby Abadi Nikah?