in ,

Sinopsis Drama Air Yassin Lakonan Azam Pitt

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan?

[dropcap]L[/dropcap]alu kelebihan Surah Yassin ini diangkat dalam sebuah drama khas menghayati keberkatan bulan Ramadan ini bertajuk “Air Yassin” pada 28 Julai 2013, jam 12.05 tengah hari menerusi saluran TVi yang menampilkan lakonan berkesan Azam Pitt, Maslina Nasir, Reen Rahim, Hamdan Senario, Sheila Mambo, Reza Hasbi dan Zul Handy Black.

Azam Pitt pegang watak Cikgu Nasir

[pullquote align=”right”]Drama “Air Yassin” Papar Kelebihan Surah Yassin Ramadan Ini pada 28 Julai 2013, jam 12.05 tengah hari menerusi saluran TVi[/pullquote]

Kisahnya berlegar sekitar watak dalam diri Nasir, guru yang mengajar di sekolah, di kampungnya sendiri dan selaku anak jati kampung tersebut, Nasir amat berharap anak-anak kampungnya menguasai ilmu pengetahuan dengan memberi lebih perhatian setiap kali mengajar mereka. Dan dalam ramai anak-anak kampung itu, Rahimi nyata yang paling kurang memberi tumpuan dan paling nakal. Dia juga kurang bijak dan sering mengganggu kawan-kawan.

Pada satu hari berlaku satu peristiwa yang begitu memalukan Nasir di mana Rahimi memberitahu kepada Ustazah Munirah bahawa dia menyintai ustazah itu. Nasir begitu marah dengan tindakan Rahimi dan apabila Nasir menegurnya, dia mencabar Nasir untuk menjadikannya pelajar yang paling pandai tanpa perlu teruk belajar seperti orang lain.

Nasir merasa tercabar mendengar kata-kata Rahimi lalu dia mula memikirkan cara untuk menyahut cabaran itu. Pada satu hari, Nasir memanggil Rahimi datang ke rumahnya. Di rumah, Nasir menyediakan sebotol air. Air itu dinamakan ‘Air Yassin’. Nasir meminta Rahimi meminum air itu sebelum dia ke sekolah kerana kononnya air itu mampu membantunya menjawab soalan dengan pantas. Rahimi percaya dengan kata-kata Nasir. Dia memastikan sebelum ke sekolah, dia minum Air Yassin.

Di sekolah, Nasir sering bertanyakan soalan mengejut kepada Rahimi. Apabila Rahimi tidak dapat menjawab soalan itu, Nasir sering mendesaknya dan mengingatkan akan kehebatan Air Yassin yang diminum Rahimi. Dengan desakan Nasir itu, Rahimi terpaksa memerah otak mencari jawapan bagi membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia lebih hebat daripada mereka.

Kawan-kawan Rahimi terkejut dengan perubahan Rahimi. Dari seorang yang sering gagal menjawab soalan guru, kini dia mampu menjawab dengan segera. Kemudian mereka mencuba mencungkil-cungkil rahsia dan ketawa gelihati apabila Rahimi memberitahu dia menjadi begitu sesudah meminum Air Yassin. Rahimi bengang diketawakan begitu. Dalam diam, dia berazam untuk membuktikan bahawa Air Yassin benar-benar berkuasa. Azam Rahimi terlaksana apabila dia berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR. Kawan-kawan terlopong, kemudian heboh satu kampung tentang kehebatan Air Yassin Nasir dan ibu bapa berbondong-bondong datang meminta Air Yassin di rumahnya untuk anak mereka.

Nasir bersetuju untuk memberi Air Yassin kepada anak-anak kampung, dengan syarat mereka mesti menghadiri kelas tambahannya. Ibu bapa begitu gembira mendengar cadangan Nasir lalu dewan orang ramai dijadikan kelas tambahan. Populariti Air Yassin Nasir sampai ke telinga Zubir. Dia yang terkenal dengan sikap suka membuat kerja mudah, berjumpa dengan Nasir dan mencadangkan kepadanya supaya mereka menjadi rakan kongsi bagi memasarkan air hikmat tersebut keseluruh negara.

Nasir tidak bersetuju dengan cadangan Zubir kerana dia tidak pernah bercita-cita untuk menjadi perniaga Air Yassin itu. Geram Nasir tak mahu mengikut cadangannya, Zubir memburuk-burukkan Nasir dengan menghebahkan ke serata kampung bahawa Nasir telah mengguna khidmat bomoh untuk menjampi air tersebut dan dengan jampi-jampi tersebutlah dia mempengaruhi murid-murid dan tidak lama lagi pastinya dia mengguna air itu untuk memastikan semua orang mengikut telunjuknya.

Lama-kelamaan ibu bapa di kampung tersebut termakan dengan kata-kata Zubir. Mereka mula menyiasat tentang Air Yassin Nasir dan alangkah terkejutnya apabila mendapati air tersebut hanyalah air mineral biasa tanpa bacaan ayat-ayat dari surah Yassin.

Ibu bapa membuat laporan polis tentang penipuan Nasir kepada murid-murid sekolah. Polis datang ke kampung dan menyiasat Air Yassin Nasir. Nasir mengaku bahawa air yang diberi minum kepada murid-muridnya adalah air mineral biasa dan dalam masa yang sama dia tidak mengaku bahawa dia menipu kerana dia tidak pernah memberitahu sesiapa bahawa air tersebut adalah air yang telah didoa dengan ayat-ayat dari surah Yassin, sebaliknya air tersebut dipanggil Air Yassin, mengambil sempena namanya Nassir Yassin.

Tujuan dia mengatakan air itu mempunyai hikmat semata-mata bagi memastikan murid-muridnya yakin dengan diri sendiri. Harapannya, sesudah yakin dengan diri sendiri, lama-kelamaan mereka pasti lupa dengan kehebatan air itu. Pihak polis berpuas hati dengan jawapan yang diberi Nasir, begitu juga dengan ibu bapa yang telah termakan hasutan Zubir.

Maslina Nasir pegang watak ustazah

pelakon kanak-kanak dalam drama ini

Reen Rahim dan Azam Pitt

antara babak menarik dalam Air Yassin

babak dalam Air Yassin

babak ketika dalam kelas

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jin & Ryan Berpisah Kerana Danise?

Akhirnya Filem Tanda Putera Ditayangkan Pada 29 Ogos 2013