in , ,

Apa Komen Norman & Memey, Zul Ariffin Bila Abby Abadi Nikah?

Ramai yang mendoakan yang baik-baik dan ucapan tahniah tak putus-putus dicoretkan di ruangan komen Instagram milik Abby Abadi. Budiey juga di sini ingin mendoakan semoga Abby Abadi bahagia dengna pilihan hatinya. Tak perlulah kita semua pandang negatif. Biarlah Abby dengan hidupnya dan berilah ruang agar dia juga dapat mengecapi bahagia seperti orang lain.

Pelakon Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim mendoakan kebahagiaan Abby bersama suami barunya, yang dikenali sebagai Farhan.

abby abadi nikah

Kata Memey,

“Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya.”

Ditanyakan adakah mereka dimaklumkan akan perkahwinan tersebut, jawab Memey

“Dia hanya beritahu ‘hint’ dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini.”

Sementara itu bekas kekasih Abby, Zul Ariffin terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai penikahan wanita itu.

Kata Zul Ariffin:

“Alhamdulillah dan tahniah buatnya. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira dengan berita tersebut. Bagus sudah berumah tangga.”

Sebelum ini, Zul dan Abby pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum mereka putus pada 2011. sumber : Media Hiburan

memey suhaiza

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Akhirnya Filem Tanda Putera Ditayangkan Pada 29 Ogos 2013

Gambar Majlis Akad NIkah Ashraf Muslim & Sakinah di Bangkok