in

Ajak Shiro Kena Demam Denggi

Pelawak Ajak (Shiro) mengakui tidak sanggup tinggal di wad dalam tempoh yang lama sepanjang dimasukkan ke wad akibat penyakit denggi Ahad lalu di Hospital Pakar Kluang Utama, Johor. Memetik kenyataan di mStar online, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, dia berasa rimas dengan suasana hospital dan membuatkan dirinya rasa lebih sakit dan keadaan itu membuatkannya meminta kebenaran untuk pulang ke rumahnya pada pagi Selasa.

Ajak-Shiro

“Bukan main susah lagi apabila kena tahan di wad akibat denggi. Sejak ditahan, saya minum air dengan banyak supaya dapat sembuh dengan cepat. Mujurlah platlet darah saya naik dan doktor memberi kebenaran untuk saya keluar hospital atas jaminan sendiri. Dan saya akan menjalani rawatan setiap hari sehingga demam denggi saya benar-benar sembuh.”

Ni mesti kes takut kena suntik kat punggung ni kan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Julia Perez Fobia Datang Ke Malaysia

Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Rozita Che Wan Ke-43 Tahun