in ,

Betul Ke Ajai & Liza Tak Jadi Kahwin?

Dulu, Budiey diceritakan Ajai akan kahwini girlfriend nya, Norliza Illias pada bulan Julai. Tapi Julai dah berlalu, sekarang dah nak masuk Oktober dah, masih takde khabar berita pasal perkahwinan Ajai. Jangan ingat media dah lupa. Agaknya bila Ajai akan menghulurkan kad jemputan kahwinnya? Mungkin selepas raya ni kot?

Apabila dah lama sangat, maka timbullah banyak spekulasi yang Ajai dan Liza dah tak sehaluan lagi. Mungkin hubungan dah tak lagi serius macam dulu. Lantaran, Ajai pun jarang kelihatan bersama dengan teman wanitanya di public.

Disuakan alat perakam kepada komposer terkenal ini, teruslah dia mengatakan segala perancangan telah dibuat tetapi kerja terlalu banyak sehinggakan terpaksa menangguh perkahwinan. Isunya, masalah masa memang tak sesuai. Lagi pun buat apa buat dalam keadaan yang tergesa-gesa. Buat masa ini, memang susah nak cakap bila akan dilangsungkan cuma yang pastinya akan mereka akan disatukan sebelum tahun 2009 membuka tirai.

Alah, kalau jodoh tu, tak kan kemana. Bergaduh sejuta kali pun, kalau dah dinamakan jodoh… kalau Tuhan dah gerak hati untuk kahwin, diorang akan kawin jugak. Tak payah nak risaulah!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

NAZREY KAWIN LAGI?

Video klip MTV lagu Teman Sejati versi Rock