in

Ajai Bakal Lancar Video Klip Karaoke ADUH

Selepas melancarkan muzik video official untuk single terbaru ADUH di Youtube, penyanyi dan juga komposer terkenal Ajai bakal melancarkan video klip karaoke pula. Dengarnya, ramai peminat seni suara dan kaki karaoke bertanyakan kalau-kalau ada video klip untuk menyanyi di pusat karaoke. Nah, nanti korang boleh menyanyi puas-puas di karaoke. Maklumlah, lagu ADUH memang menjadi siulan sebab lagu ni dikatakan catchy dan easy listening dan ramai yang suka nyanyi lagu ini.

Majlis pelancaran video klip karaoke ADUH akan diadakan pada minggu depan di sebuah pusat karaoke terkenal di ibu kota. Melihat kepada konsep kad jemputan di bawah ini, Ajai menggunakan konsep cover majalah.

ajai aduh

Dalam muzik video ADUH, Ajai telah menjemput Adrina, salah seorang peserta Projek Metro paling gojes yang tersingkir dari program realiti itu sebagai model. Semasa Anugerah Juara Lagu yang ke-28, Budiey ada melihat Ajai melintasi karpet merah berjalan bersama Adrina.

Terbaru, Budiey ada dikhabarkan tentang sebuah program Jemput Masuk, Cef. Dikatakan Ajai juga terlibat dengan program ini sebagai hos bersama dengan Chef Kamarul. Program ini melibatkan ramai selebriti dan ditaja oleh Coca Cola dan akan disiarkan di kaca TV3. Antara pasangan selebriti yang terlibat ialah Keith Foo, Nabila Huda, Ning Baizura, Liyana Jasmay, Mawi Ekin dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 di Kuala Lumpur

Fesyen Fouziah Gous Inspirasi Lara Croft di AJL 28