in

Ujibakat Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 di Kuala Lumpur

Selepas program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama berjaya menyumbang bakat-bakat komedi baru atau pelapis penghibur ke persada hiburan tanah air, kini TV3 meneruskan lagi inisiatifnya untuk mencari pelapis dalam bidang komedi dan nyanyian menerusi BMB musim kedua!

Bintang Mencari Bintang

[pullquote]Bagi musim baru ini, 6 Sifu yang terdiri daripada Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail, Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus bakal menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar.[/pullquote]

6 sesi uji bakat diadakan bagi membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berusia antara 18 – 28 tahun, lelaki atau perempuan yang memiliki bakat dalam kedua-dua bidang tersebut. Pusingan uji bakat ini akan diadili oleh Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Ajai sebagai juri untuk memilih para peserta yang layak ke pusingan seterusnya yang akan dinilai oleh keenam-enam Sifu tersebut.

Terdekat ini, Budiey ada mendapat info tentang Sesi Ujibakat Bintang Mencari Bintang musim kedua akan diadakan di AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 9 Februari ini iaitu hari Ahad ini jam 10 pagi hingga 5 petang.

Datanglah beramai-ramai untuk cuba nasib korang. Manalah tahu, suatu hari nanti, andalah penghibur nombor satu negara yang dicari?

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fizie Bakal Bergabung Dengan Fara Fauzana & AG di Hot FM

Ajai Bakal Lancar Video Klip Karaoke ADUH