in

AIZDEAN Artis J-POP Malaysia pertama di Jepun

AIZDEAN ataupun nama sebenarnya Muhammad Aizuddin Bin Anwar merupakan artis J-POP Malaysia pertama di Jepun. Anak Malaysia yang berasal dari Selangor ini sedang mencipta nama sebagai penyanyi di sana.

Beliau yang merupakan graduan jurusan Kejuruteraan Elektronik di The University of Electro-Communications, Tokyo merupakan penyanyi pujaan ramai di negara matahari terbit itu.

AIZDEAN

Aizdean yang kini bergelar artis rakaman J-POP / J-R&B di bawah naungan HUDSON MUSIC ENTERTAINMENT telah mengeluarkan beberapa single. Antaranya I Need You Baby telah dimuat turun sebanyak 30,000 di Jepun.

Menyingkap perjalanan seni anak muda ini, tekanan belajar telah mendorong beliau untuk mendekatkan diri dengan muzik. Bermula dengan pergi ke “lifehouse”, beliau mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan pemuzik-pemuzik di sana.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bermula dengan detik itu, Aizdean memulakan langkahnya sebagai penyanyi J-POP dan telah menghasilkan sebuah album yang bertajuk HADIAH -The First Step. Lebih membanggakan apabila album yang didatangkan dalam versi Jepun itu turut dipasarkan di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah menerusi iTunes.

AIZDEAN

Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album HADIAH -The First Step ialah I Need You Baby, Mou Ichido, Alright, Donft Go Away, Yell -Wonft Let You Go-, My Hero, MUSIC, Arigato, One & Everything For You. Aizdean juga telah muncul dengan single terbaru yang bertajuk Show Me The Glory pada Julai lepas.

Buat mereka yang ingin mendekatkan diri dengan penyanyi ini boleh add beliau di Facebook – Aizdean (fanpage). Sama-samalah kita mendoakan kejayaan beliau dan semoga satu hari nanti album beliau dapat dipasarkan di tanah air.

Aizdean Oneman Live No Fear, Next Step

AIZDEAN

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama PENGANTIN UNTUK DIJUAL

Harper’s Island & Trauma di TV2