in , ,

Apa Akan Jadi Bila Aishwarya Rai Berlakon Dalam Drama TV HEROES

Karier Aishwarya Rai kini semakin maju ke depan. Rezeki makin mencurah selepas berkahwin dengan Abhishek Bachchan. Terbaru jelitawan ini akan berlakon dalam drama popular Heroes. Heroes-TV.com ada melaporkan bahawa Aishwarya Rai akan muncul dalam 8 episodes musim ke-2 drama superhuman, Heroes di NBC show. Siapa yang tak minat dengan drama science fiksyen yang direka oleh Tim Kring.

aishwarya rai

Dalam Heroes anda akan menyaksikan bagaimana manusia-manusia yang memiliki kuasa istimewa seperti telepathy, time travel, terbang macam superman dan macam-macam lagi melawan kuasa jahat (Sylar). Istimewa drama Heroes pada saya sebab para pelakonnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara seperti Jepun (Masi Oka untuk Hiro Nakamura) dan India (Sendhil Ramamurthy untuk watak Mohinder Suresh).

Dengan adanya Aishwarya Rai dalam Heroes pastinya akan menambahkan lagi bilangan penonton dari Asia. Nak lagi hebat, ambillah pelakon Malaysia berlakon dalam Heroes.

Saya tidak sabar menantikan drama Heroes musim terbaru. Anda bagaimana?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Datuk Siti Nurhaliza Sedang Mengandung, Hamil Anak Pertama?

Sinopsis Filem CINTA YANG SATU Lakonan Sharifah Sofea & Zul Huzaimi