in , ,

Betul Ke Datuk Siti Nurhaliza Sedang Mengandung, Hamil Anak Pertama?

Datuk Siti Nurhaliza dah hamil? Hah! Betul ke ni? Mulanya, saya terkejut dan saya pun tak percaya dengan apa yang diberitahu oleh sumber ini. Kalau betul Siti mengandung, alhamdulilah!

Gossip atau saje dia suka-suka cerita kat kita. Kalau betul Datuk Siti Nurhaliza mengandung, rasanya sudah lama Siti dan Datuk Khalid akan mengumumkannya di sidang media. Tapi korang ada dengar tak dua tiga menjak pasal Siti mengandung anak pertama?

Kalau betul Siti Nurhaliza dah hamil, saya ingin jadi antara blogger pertama yang ingin mengucapkan tahniah buat penyanyi diva nombor satu ini. Tahniah buat Datuk K sebab Ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat bayi pertama dari perut penyanyi Siti Situ Sana Sini ini. Mesti comel dan cute macam Siti, kan?

627270185 93B05Ca5D4 O | 4

Berikut beberapa foto dan gambar Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K menghadiri majlis perkahwinan yang saya terima melalui email. Selalunya Siti Nurhaliza akan menjadi tumpuan di majlis kenduri perkahwinan seperti ini. 

Selalunya juga Siti yang nampak lebih cantik dan glamour dari pengantin itu sendiri. Biasalah tu, aura selebriti Siti Nurhaliza tak pernah tenggelam. 

Terbaru Siti Nurhaliza ada mengeluarkan album Siti Nurhaliza Klasik yang mempertaruhkan 2 buah lagu terbaru antaranya lagu Sirih Pinang yang memang lunak merdu dengan suara Siti yang lebih matang. Dah dapatkan dipasaran?

628135174 E5F225963D O | 5
627266437 0Eaf601951 O | 6
628131104 A11353F6F5 O | 7
628126870 A549Fcfd6D O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto Sekitar Sidang Media Konsert Agnes Monica

Aishwarya Rai Berlakon Dalam Drama TV Heroes