in ,

Sinopsis Filem CINTA YANG SATU Lakonan Sharifah Sofea & Zul Huzaimi

Zulaikha (Sharifah Sofea) dan Wira (Zul Huzaimi) mempunyai sejarah cinta yang panjang sejak dari bangku sekolah lagi. Kini Zulaikha sedang melanjutkan pelajarannya di seberang laut. Wira pula mengendalikan perniagaannya, dan ketika inilah dia menemui rakan sekolah Zulaikha, Jamilah (Siti Elizad). Jamilah bekerja di di sebuah cafeteria di mana Wira selalu bersarapan pagi di situ. Pengenalan yang biasa-biasa itu menjadi bertambah mesra bila Wira terpilih menjadi pelanggan bertuah untuk menikmati cuti percuma bersama kakitangan café tersebut ketika menyambut ulangtahun café itu yang ketiga.

Wira menjadikan Jamilah teman wanitanya demi mengisi masa lapang yang membosankan. Zulaikha pulang bercuti dan menyaksikan sendiri kemesraan Wira dan Jamilah. Zulaikha merajuk. Wira memujuk dengan gayanya sendiri sehingga hampir-hampir menjadi mangsa parang panjang pembantu rumah Zulaikha.

Sejak itu perhubungan mereka mesra semula dan mereka mengambil keputusan untuk bertunang. Di hari pertunangan itu, Jamilah datang menuntut keadilan. Apakah yang akan berlaku dengan pertunangan Wira dan Zulaikha, dan adakah Jamilah berjaya menuntut keadilan seperti dihajatkan.

Antara pelakon yang Filem Cinta Yang Satu arahan Zulkeflie M. Osman tulisan cerita Shafiuddin Shariff ini ialah Sharifah Sofea, Zul Huzaimy, Siti Elizad, Ezany Nizariff, Sheera, Abon, Aida Rahim, Harun Salim Bachik, Enot atau Jojo, Nabila anak Amy Search, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Julai 2007.

Jom lihat foto dan gambar still dari filem Cinta Yang Satu. Sila Klik [ DI SINI ]

635457719 407E33995B O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aishwarya Rai | 25

Apa Akan Jadi Bila Aishwarya Rai Berlakon Dalam Drama TV HEROES

Ning Baizura 2020 | 26

Lirik BINTANG IMPIANKU, Sebuah Lagu Tema Filem DIVA