in

#AirAsiaMAKNA Kumpul RM300,300 Bagi Kempen Kesedaran Kanser Tahun Ketiga

AirAsia meneruskan usahanya untuk memberikan kesedaran terhadap kanser dan menyokong pejuang kanser yang kurang bernasib baik melalui kempen #AirAsiaMAKNA.

Kempen tersebut yang kini di tahun ketiga meneruskan jualan amal baju-t edisi terhad dengan rekaan juruterbang dan kru kabin. Hasil daripada jualan tersebut yang bernilai RM300,300 diserahkan melalui cek kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di acara ‘#AirAsiaMAKNA: The Big Fight Fiesta’ yang dianjurkan pada hari ini.

AirAsiaMAKNA

Cek tersebut diserahkan oleh Pengerusi AirAsia Filipina dan pejuang kanser Marianne ‘Maan’ B Hontiveros, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat, dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail, kepada Pengurus Besar MAKNA Farahida Mohd Farid.

Pada majlis yang sama, program kesetiaan AirAsia, AirAsia BIG Loyalty turut menyerahkan dua juta Mata Ganjaran AirAsia kepada MAKNA untuk terus membantu pejuang kanser dari segi pilihan perjalanan udara.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata,

“Kanser merupakan satu penyakit di seluruh dunia yang memberi kesan kepada semua peringkat umur sama ada secara langsung atau tidak. Di AirAsia, kami mempunyai ramai Allstars yang terdiri daripada pejuang kanser yang memberikan inspirasi kepada kami dengan ketabahan dan kesungguhan mereka. Mengetahui beberapa rakan sekerja kami yang berjuang memerangi penyakit ini, kami mahu melakukan sesuatu untuk membantu mereka dan komuniti kami.”

“Sejak tahun 2015, kempen ini telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM1 juta untuk membantu pejuang kanser yang kurang bernasib baik di Malaysia. Inisiatif ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan anda dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memainkan peranan dalam memerangi kanser bersama-sama kami,”

Pengurus Besar MAKNA Farahida Mohd Farid berkata,

“Kempen ini bukan hanya untuk mengumpul dana semata-mata. Akan tetapi, kerjasama kami dengan AirAsia bertujuan untuk membantu menyelamatkan dan memberikan impak positif kepada pejuang kanser. Kini rakyat Malaysia bukan sahaja boleh terbang bersama AirAsia malah boleh membantu mereka yang memerlukan melalui kempen ini. AirAsia adalah sebuah organisasi yang mengambil berat terhadap komuniti di sekelilingnya – inilah sebab utama kerjasama ini berjaya. Terima kasih AirAsia kerana menjadikan misi kami sebagai misi anda juga. Ini merupakan satu penghormatan bagi kami.”

Para pengunjung ke acara hari ini juga dapat menyertai pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan klinikal, pameran kanser, ceramah kesihatan, jualan, diskaun istimewa untuk produk kesihatan dan banyak lagi. Artis popular tempatan seperti SonaOne, Alif Satar dan Ismail Izzani juga turut menunjukkan sokongan mereka dengan membuat persembahan secara langsung kepada hadirin.

Sebagai tanda penghargaan sokongan orang ramai terhadap kempen ini, AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus* untuk semua penerbangan bagi tempahan yang dibuat melalui aplikasi mudah alih AirAsia menggunakan kod promosi MAKNA20. Promosi ini tersedia dari 8 hingga 10 Julai 2018 untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos dan 22 November 2018.

Pada bulan Ogos, AirAsia akan terus menjadi rakan penerbangan rasmi MAKNA untuk ekspedisi ‘Klimb Kinabalu 2018’, di mana sejumlah 20 pendaki termasuk empat Allstars dari seluruh kumpulan peserta bakal menakluki Gunung Kinabalu untuk mengumpul lebih dana dan menyokong kempen kesedaran kanser.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui bagaimana untuk menyumbang kepada kempen ini, layari makna.org.my.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

AirAsiaMAKNA

AirAsiaMAKNA

AirAsiaMAKNA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nilai Kasih Sayang Dalam Telemovie ARAH LAIN KE SYURGA

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem BILLIONAIRE BOYS CLUB