in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem BILLIONAIRE BOYS CLUB

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem bergenre drama, biografi dan thriller berjudul BILLIONAIRE BOYS CLUB.

Filem ini dibintangi oleh Ansel Elgort sebagai (Joe Hunt), Taron sebagai (Dean Karny), Emma Roberts sebagai (Sydney), Cary Elwes sebagai (Andy Warhol) dan ramai lagi.

BILLIONAIRE BOYS CLUB

Budiey ada 80 pass untuk korang melihat aksi pelakon hebat dalam filem ini dan seterusnya menonton filem ini di TGV 1 Utama pada 16 Julai 2018 (hari Isnin).

Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem arahan James Cox ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 19 Julai 2018. Filem ini adalah hasil tulisan skrip dari Captain Mazner dan berdurasi selama 140 minit.

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak drama mengujakan ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

Filem BILLIONAIRE BOYS CLUB mengisahkan tentang dua orang pemuda bernama Joe Hunt dan Dean Karny. Joe adalah seorang ahli kewangan yang pandai dalam bidang matematik, sementara Dean adalah seorang pemain tennis profesional yang memiliki banyak kenalan yang boleh melaburkan wang untuk perniagaan yang besar.

Dengan kemampuan mereka berdua, mereka kemudian membuat sebuah kumpulan Billionsire Boys Club. Pada permulaannya bisnes mereka berjalan sangat lancar dan membuat mereka berdua menjadi kaya mendadak. Gaya hidup mereka pun menjadi serba mewah. Hingga suatu ketika, perniagaan mereka mengalami kerugian yang sangat besar. Dengan sekelip mata kekayaan yang mereka berdua miliki ranap musnah dalam waktu singkat sehingga mereka terpaksa dibebani dengan hutang. Apakah kesudahannya, korang kena tonton di pawagam ya.

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 19 Julai 2018, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer BILLIONAIRE BOYS CLUB yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre drama drama suspen ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

BILLIONAIRE BOYS CLUB

Peraduan Tayangan Premiere Filem BILLIONAIRE BOYS CLUB

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 80 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
16 Julai 2018 (hari Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BILLIONAIRE BOYS CLUB – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #billionaireboysclub

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #billionaireboysclub

 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama dalam filem BILLIONAIRE BOYS CLUB

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere BILLIONAIRE BOYS CLUB – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere Filem BILLIONAIRE BOYS CLUB

Tarikh tutup peraduan:

15 Julai 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 19 Julai 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

BILLIONAIRE BOYS CLUB

BILLIONAIRE BOYS CLUB

BILLIONAIRE BOYS CLUB

BILLIONAIRE BOYS CLUB

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

#AirAsiaMAKNA Kumpul RM300,300 Bagi Kempen Kesedaran Kanser Tahun Ketiga

Vietjet Links Hanoi, Vietnam with Osaka, Japan