in , ,

Airasia Rewards & Mil.K Bekerjasama Untuk Tawaran Program Kesetiaan

Airasia Rewards Kini Bekerjasama Dengan Mil.K Untuk Menyediakan Tawaran Program Kesetiaan Berasaskan Teknologi Blok Rantai

Para ahli program ganjaran gaya hidup Asean yang terkemuka, airasia rewards, kini bakal menikmati tawaran kesetiaan berasaskan blok rantai melalui kerjasama di antara BIGLIFE dan platform kesetiaan berasaskan blok rantai, MiL.k.

BIGLIFE adalah pengendali dan pengurus airasia rewads, program kesetiaan untuk airasia Super App yang mempunyai lebih 51 juta ahli di seluruh Asia dan Pasifik. Pada masa yang sama, MiL.k adalah program kesetiaan berasaskan blok rantai yang terkenal di Korea Selatan dengan 1.1 juta pengguna.

Upacara menandatangani perjanjian telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Jayden Jo, Ketua Pegawai Eksekutif Milk Partners, yang mengendali perkhidmatan MiL.k dan juga Ong Wai Fong, Ketua Pegawai Program Kesetiaan airasia rewards.

Airasia Rewards &Amp; Mil.k Bekerjasama Untuk Tawaran Program Kesetiaan

Ong Wai Fong, Ketua Pegawai Program Kesetiaan, airasia rewards, berkata, ”Kami amat berbangga untuk mengumumkan kerjasama airasia rewards dan MiL.k. Jalinan kerjasama dengan salah satu contoh yang berjaya dalam projek blok rantai secara global ini bukan sahaja meningkatkan lagi kesedaran terhadap airasia Super App malah membenarkan pengguna untuk memanfaatkan program kesetiaan yang sedia ada dengan lebih banyak peluang untuk memperoleh dan menggunakan airasia poin mereka.” 

Melalui kerjasama ini, tujuan kedua-dua syarikat ini adalah untuk mengintegrasikan program kesetiaan airasia rewards ke dalam platform MiL.k dan juga token yang digunakan iaitu Milk Coin (MLK) sekali gus menghubungkan airasia poin dengan ekosistem mata MiL.k dan juga pelbagai aktiviti pemasaran bersama yang akan diadakan untuk menyasarkan pengguna global airasia rewards dan juga MiL.k.

Kolaborasi baharu ini mengetengahkan komitmen syarikat untuk memberikan ganjaran kepada ahli airasia secara holistik melalui peluang untuk peroleh dan tebus airasia poin tanpa sempadan di seluruh Asean dan seterusnya. Kerjasama ini juga akan menjadi peristiwa penting bagi MiL.K untuk menghubungkan dan memperkenalkan pengguna mereka yang kebanyakannya berpangkalan di Korea Selatan kepada airasia rewards, salah satu platform ganjaran gaya hidup yang paling pesat berkembang di Asia. Kerjasama ini juga akan menjadi langkah pertama ke arah program ganjaran berasaskan blok rantai dan ekosistem pertukaran airasia poin. airasia rewards akan meneruskan komitmennya untuk kekal di barisan hadapan dalam teknologi dan inovasi produk.

airasia poin boleh digunakan untuk membeli pelbagai perkhidmatan dan produk di airasia Super App. Mata dari pelbagai syarikat global yang bergabung dengan airasia rewards juga boleh digunakan dengan menukarnya kepada airasia poin melalui perkhidmatan ‘airasia xchange’ di airasia Super App. Ahli airasia boleh menggunakan airasia poin untuk membayar produk pelancongan, seperti penerbangan dan penginapan hotel, serta produk-produk lain seperti penghantaran makanan, e-panggilan, beli-belah bebas cukai dan tawaran gaya hidup, semuanya di airasia Super App. Pelbagai perkhidmatan juga tersedia melalui aplikasi super seperti perkhidmatan kewangan, insurans, perkhidmatan kurier, kursus pembelajaran sepanjang hayat dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Milk Partners, Jayden Jo, berkata, “Kerjasama dengan airasia Super App adalah salah satu kejayaan pengembangan global yang luar biasa. Bermula dengan kolaborasi ini, kami akan terus memperluaskan ekosistem MiL.k ke pasaran global. Asia Tenggara merupakan titik permulaan kami dan visi kami adalah untuk menjadi platform blok  rentas sempadan yang pertama. 

“MiL.k” adalah platform integrasi mata ganjaran berasaskan blok rantai yang dikendalikan oleh Milk Partners, ialah perkhidmatan yang membolehkan pengguna bertukar dan mengintegrasikan mata daripada pelbagai rakan kongsi melalui aset digital “Milk Coin (MLK).” Dalam masa kurang daripada dua setengah tahun sejak perkhidmatan ini bermula pada April 2020, ia telah menunjukkan pertumbuhan pesat dengan bekerjasama dengan pelbagai syarikat yang mewakili sektor mereka dan memperoleh lebih 1.1 juta pengguna.”

MiL.k telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai syarikat perkhidmatan terkemuka di Korea Selatan seperti “Yanolja” – perkhidmatan agensi pelancongan dalam talian (OTA) pertama di negara tersebut, “CU” – kedai serbaneka terkemuka yang dikendalikan oleh BGF Retail, “INTERPARK” – platform e-dagang terkenal, “Shinsegae Duty Free” – cawangan bebas cukai gergasi peruncitan Kumpulan Shinsegae, “Megabox” – salah satu francais pawagan terkemuka, “Jin Air” – anak syarikat penerbangan tambang rendah Korean Air, dan banyak lagi.

Sebagai contoh utama perkhidmatan berasaskan blok rantai, MiL.k dijangka untuk  mengembangkan ekosistemnya dengan memperluaskan lagi perkongsian strategiknya di Asia Tenggara tahun ini.

Ikuti perkembangan dan tawaran terkini daripada airasia rewards dan airasia Super App di Facebook dan Instagram (@airasiarewards dan @airasiasuperapp). Untuk pengalaman yang lancar dan #SuperRewarding, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery  dan daftar sebagai ahli airasia rewards sekarang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Watch5

Samsung Health, Jurulatih Kesihatan & Kesejahteraan Peribadi Anda

Samsung | 15

Senarai Terbaik Aksesori TV Kini Tersedia di Kedai Online Samsung