in ,

AirAsia Rai Perpaduan Melalui Kempen PERJALANAN ANDA, DEDIKASI KAMI

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, AirAsia melancarkan kempen “Perjalanan Anda, Dedikasi Kami yang meraikan perpaduan rakyat Malaysia.

Selari dengan misi AirAsia untuk mengutamakan para tetamu kami, kempen ini akan dijalankan melalui pelbagai platform siaran, digital, cetak dan lain-lain. Kempen ini bermula semalam dengan pelancaran video “Hidup Bersama” untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Video yang diinspirasikan oleh sebuah puisi ini dideklamasikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad bersama novelis serta penulis puisi tersebut, Dato’ Seri A.Samad Said.

Video ini turut menggambarkan kehidupan seharian rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat yang sama-sama berusaha untuk menjadikan masa depan yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata,

“Kekuatan Malaysia adalah pada rakyat dan kepelbagaiannya.

Tahun ini, kami ingin menunjukkan bahawa kepelbagaian ini adalah kekuatan kita, walaupun kita semua berbeza.

Dalam erti kata lain, AirAsia adalah seperti sebuah negara kecil di mana Allstars daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang berganding bahu untuk memastikan kejayaannya seperti hari ini.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat

Untuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, AirAsia menawarkan diskaun 20% untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan*, tersedia untuk tempahan di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 1 September 2019 untuk perjalanan antara 2 September 2019 dan 19 November 2019*.

Jimat sebanyak 5% untuk tempahan hotel dengan menggunakan kod promosi AAHOTEL5 dan 20% untuk Pilihan Tempat Duduk** jika anda membuat perjalanan bersama keluarga atau rakan-rakan, atau pilih Tempat Duduk Hot Seat untuk menikmati ruang kaki lebih besar dan keutaaman masuk ke pintu perlepasan. 

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Diskaun hanya dikenakan kepada tambang asas. Yuran pemprosesan bayaran akan dikenakan untuk semua bayaran yang dibuat menggunakan debit langsung, kad kredit, debit atau caj. Nikmati yuran pemprosesan sifar apabila anda membayar dengan BigPay. Untuk terma dan syarat penuh layari air.asia/b9qKC

** Diskaun untuk Pilihan Tempat Duduk tidak didapati pada kod penerbangan DJ, penerbangan ke / dari Jepun dan penukaran melalui Tempahan Saya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafiq Kyle & Ain Edruce Gets The Green Light To Race In Toyota Gazoo Racing Festival

Shaheizy Sam Dah Biasa Dengan Gurauan Kasar Syatilla Melvin