in

Shaheizy Sam Dah Biasa Dengan Gurauan Kasar Syatilla Melvin

Pelakon Shaheizy Sam menyifatkan gurauan isterinya, Syatilla Melvin tidak keterlaluan biarpun ramai netizen mengecam gurauan Syatilla yang dikatakan sedikit lucah menerusi beberapa entri yang dibuat di laman sosial Instagram pelakon wanita itu sebelum ini.

Menurut Sam, dia cukup memahami tingkah laku isterinya yang sememangnya dikenali sedikit kasar dalam bergurau seperti mana kebiasaan di kalangan orang yang berasal dari utara.

“Saya anggap gurauan Tilla itu adalah perkara biasa kerana dia adalah orang utara. Mereka adik-beradik memang bergurau kasar sikit,”

“Masa awal-awal saya kenal Tilla pun saya agak terkejut dengan gurauan dia tapi lama-lama saya dah biasa dengan cara dia yang selamba bergurau sebegitu,”

– Shaheizy Sam

Pasangan suami isteri ini ditemui pada majlis pelancaran produk minuman kesihatan, Freaky Fitz yang diadakan di Battle Arena, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya,

Syatilla sebelum ini dikecam netizen kerana membuat lawak berunsur lucah apabila menyamakan buah anggur dengan payu dara adiknya sendiri.

Ketika ditanya mengenai ‘posting’ tersebut, Sam dengan jujur mengakui, dia kadang-kala terlepas pandang dengan segala muat naik yang dibuat isterinya di media sosial.

“Terus-terang cakap saya memang memang jarang sangat buka Instagram saya. Saya buka pun untuk muat naik entri baharu dan lepas itu saya memang tak tengok dah. 

“Saya pun jarang ‘like’ posting Tilla sebab saya jenis dah ‘upload’ memang terus keluar tak tengok Instagram dah lepas itu.

“Apa yang saya tahu isteri saya kalau bergurau memang bukan jenis yang buat-buat. Berlainan dengan saya, saya akan fikir dulu sebelum buat apa-apa. Tapi Tilla jenis tak kisah semua itu.

“Bagi saya setiap orang cara pemikiran dia berbeza-beza tapi asalkan adik-beradik dan orang sekeliling Tilla faham dan okay dengan gurauan dia, saya okay sahaja,”

– Shaheizy Sam

Dalam perkembangan lain, Sam bakal kembali ke lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 yang akan memulakan penggambaran pertengahan bulan Oktober ini.

Menerusi francais filem popular itu, Sam yang memainkan peranan sebagai Inspektor Khai sekali lagi akan digandingkan dengan rakan polis sepasukannya, Zizan Razak yang memegang watak Inspektor Sani.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia

AirAsia Rai Perpaduan Melalui Kempen PERJALANAN ANDA, DEDIKASI KAMI

Loque Aizat | 23

Sekitar Pelancaran PANGGUNG RAKYAT Anjuran CENDANA & DBKL