in

AirAsia Rai Pereka Asean di Minggu Fesyen KL 2018

AirAsia, sebuah syarikat penerbangan Asean meraikan sepuluh pereka fesyen muda Asean di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018 hari ini.

Para pereka tersebut, yang mana karier di dalam industri fesyen terus melonjak setelah menyertai pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS), mempersembahkan lebih 30 rekaan daripada jenama mereka sendiri. Jenama-jenama tersebut adalah KAVA (Brunei), KONG (Kemboja), Shella Merina Personal Designs (Indonesia), Billy L’amour de Ma Vie (Laos), phyn Studio (Malaysia), Glam Mabel (Myanmar), Paraluman by Bea Samson (Filipina), SILVU (Singapura), Arataweekend (Thailand) dan Tu Bong (Vietnam).

AirAsia rai pereka Asean di Minggu Fesyen KL 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong. Berasal dari Hanoi, Vietnam, Tran Thi Tu merupakan pemenang utama AARRDS 2017. Sejak itu, beliau telah berjaya melakar perjalanannya di dalam industri fesyen Vietnam dan turut dipaparkan di dalam majalah Harper’s Bazaar Vietnam serta pelbagai program fesyen di saluran televisyen nasional. Bukan itu sahaja, kejayaan beliau terus berkembang apabila koleksi kapsulnya akan dijual di fashionvalet.com kelak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia – Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat Aireen Omar berkata, “Asean bukan sekadar rantau yang mempunyai pelbagai destinasi yang menarik, malah ia juga mempunyai ramai bakat-bakat yang menyerlah. Sejak tiga tahun yang lalu, AirAsia Runway Ready Designer Search telah menjadi sebuah platform utama bagi pereka Asean untuk melancarkan karier mereka di dalam industri fesyen di rantau ini. Pertandingan ini juga telah membuka peluang kepada mereka untuk menjadikan impian mereka sebuah kenyataan dan membolehkan mereka menimba pengalaman berharga bukan sahaja dari segi selok belok e-dagang tetapi juga bagaimana untuk menggunakan pemasaran digital daripada rakan industri fesyen kami. Kami berharap kejayaan pereka-pereka ini akan terus memberi inspirasi kepada bakat-bakat muda di rantau ini untuk menyebarkan sayap mereka dan terbang lebih tinggi.”

AARRDS diteruskan di Malaysia pada tahun ini di mana 5 finalis; Kelly Lee Kah Shin dari Kolej Equator Pulau Pinang, Lau Zhong Xun dari Kolej Raffles, Tan Win Shean dari Esmod Kuala Lumpur, Daphne Lim Wen Sin dari Fashion Academy dan Kristopher Toon dari Saito University College mempersembahkan tiga rekaan daripada koleksi mereka.

Pertandingan Akhir AirAsia Runway Ready Designer Search tersebut berakhir dengan gah di mana Daphne Lim Wen Sin dari Fashion Academy diumumkan sebagai Pemenang Utama, dan membawa pulang 150,000 Mata Ganjaran BIG AirAsia; RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul yang akan dipasarkan di fashionvalet.com; penampilan dalam majalah AirAsia Travel360; telefon pintar Huawei Nova 3 I 3i; sesi mentor daripada pasukan KLFW; dan slot untuk mempamerkan koleksi penuh pada KLFW 2019.

Tempat kedua pula jatuh kepada Lau Zhong Xun dari Kolej Raffles dan tempat ketiga jatuh kepada Tan Win Shean dari Esmod Kuala Lumpur. Kedua-duanya menerima kontrak untuk mereka koleksi pakaian bagi jenama Infinence dan telefon pintar Huawei Nova 3 I 3i.

Pengasas KL Fashion Week (KLFW) Andrew Tan berkata, “Salah satu daripada rakan kongsi kami yang paling komited adalah AirAsia. Sokongan mereka benar-benar menjadikan Minggu Fesyen Kuala Lumpur berjaya. Sejak empat tahun yang lalu, AirAsia telah bekerja keras untuk membawa kami ke pelbagai lokasi yang berbeza yang saya percaya ini adalah sebahagian besar daripada sebab mengapa Minggu Fesyen Kuala Lumpur dapat mengukuhkan jenamanya di seluruh Asean.”

Pereka-pereka muda ini telah dinilai secara ekstensif berdasarkan kreativiti rekaan, keaslian dan ketekalan koleksi, rekaan bertemakan Asean, rekaan praktikal dan potensi persembahan rekaan.

Panel juri ujibakat adalah Pengasas KLFW Andrew Tan, Ketua Bahagian Pemasaran FashionValet Nadia Alisya, Pereka Fesyen Terkemuka Fizi Woo, Editor Majalah Female Yang Mei Ling, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O dan Pengasas Jenama Pereka Infinence Tan Keng Kang, Penata Gaya Selebriti Min Luna dan Supermodel Malaysia Tinie.

AirAsia sekali lagi dinobatkan sebagai Rakan Perjalanan Pilihan Eksklusif KLFW 2018, manakala penaja utama AARRDS 2018 termasuklah AirAsia BIG Loyalty, FashionValet, Majalah Travel360, Huawei, Infinence, dan KL Fashion Week.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hantu Kak Limah Mendapat Kutipan Tertinggi Di Hari Pembukaan

Konflik Suami Berpoligami Lakonan Arja Lee dalam KETIKA MASA TERHENTI