in

AirAsia Rai Penerbangan Pertama dari Shenzhen ke Langkawi

 

AirAsia Rai Penerbangan Pertama dari Shenzhen ke Langkawi Laluan baharu dengan kekerapan 3 kali seminggu itu menandakan laluan antarabangsa ketiga AirAsia dari Langkawi

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia hari ini meraikan penerbangan pertamanya dari Shenzhen ke Langkawi dengan faktor muatan sebanyak 89 peratus.

Penerbangan AK 1713 telah disambut oleh pancutan air setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan ia juga telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Azizan Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Airasia Celebrates Inaugural Flight From Shenzhen To Langkawi

Laluan baharu dengan kekerapan tiga kali seminggu itu menandakan laluan antarabangsa ketiga AirAsia dari Langkawi selain Singapura dan Guangzhou, dan laluan ketujuh dari Langkawi selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Singapura, dan Guangzhou.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Kami berbesar hati untuk meraikan penerbangan pertama dari Shenzhen ke Langkawi pada pagi ini. Pada tahun ini, kami telah menerbangkan lebih 1 juta tetamu ke Langkawi, dan kami menjangka jumlah tetamu ke Langkawi akan bertambah dengan pelancaran laluan baharu ini. Kami juga bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menjadikan Langkawi sebagai hab antarabangsa dan mempromosikan pulau yang indah tersebut sebagai destinasi pelancongan utama bagi pelancong dari China.”

Untuk meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua dari RM200* sehala dari Langkawi ke Shenzhen untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 8 Februari 2018. Untuk menikmati tambang istimewa tersebut, tempah sekarang hingga 13 Ogos 2017 di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android.

Terletak di seberang sempadan China dari Hong Kong, Shenzhen adalah sebuah bandar dengan ekonomi yang pesat dan lanskap yang luas. Ia juga merupakan salah satu bandar terkaya dan mempunyai paling ramai penduduk di China, justeru ia mempunya pelbagai tarikan seperti taman tema dan lain-lain seperti Overseas Chinese Town; Dafen Oil Painting Village; Taman Botani Xianhu; China Folk Village dan banyak lagi. Ia juga popular dengan pusat membeli-belah dan masakan tempatan seperti tiram Shajing; angsa panggang Gongming; abalone Nan’ao; udang Xixiang Jiwei dan lain-lain.

Sama seperti Langkawi, lawatan ke Shenzhen tidak lengkap tanpa membeli belah. Para pelancong boleh membeli-belah di Jalan Dongmen, Luohu Commercial City berhampiran sempadan Hong Kong, pusat elektronik Hua Qiang Bei, serta di daerah Nanshan, Renmin Nan dan Shen Nan Zhong yang terkenal dengan tawaran hebat.

SIARAN AKHBAR

AirAsia kini terbang ke tujuh destinasi dari Langkawi, dengan empat laluan domestik dan tiga laluan antarabangsa serta 119 penerbangan sehala seminggu. AirAsia juga menghubungkan Langkawi ke 15 negara seperti Vietnam, Korea Selatan, Taiwan dan banyak lagi melalui produk Fly-Thru.

Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan untuk Langkawi, Malaysia (LGK) – Shenzhen, China (SZX):

 

Laluan

No Penerbangan

Waktu Pelepasan

Waktu Ketibaan

Kekerapan

Langkawi – Shenzhen

AK 1712

2210hrs

0220hrs

Isnin, Rabu, Jumaat

Shenzhen – Langkawi

AK 1713

0325hrs

0715hrs

Selasa, Khamis, Sabtu

Airasia Celebrates Inaugural Flight From Shenzhen To Langkawi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Di Sebalik Muzik Video Pejamkan Mata Malique & Dayang Nurfaizah

AirAsia Celebrates Inaugural Flight from Shenzhen to Langkawi