in , ,

AirAsia Lancar Jualan 5 Juta Tempat Duduk Percuma Terbesar Hari Ini!

KAMI KEMBALI TERBANG TINGGI! AirAsia lancar jualan tempat duduk PERCUMA* terbesar hari ini dengan 5 juta tempat duduk sedia ditempah

AirAsia menawarkan jualan lima juta tempat duduk PERCUMA* hari ini sempena meraikannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia.

Mulai hari ini sehingga 25 September, para tetamu boleh menikmati tawaran tambang penerbangan yang tiada tandingan untuk destinasi di seluruh Asean dan lain-lain untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari dan 28 Oktober 2023. Tempahan boleh dibuat dengan menekan pada ikon ‘Flights’ di aplikasi airasia Super App atau laman web.

Jualan tempat duduk PERCUMA* ini tersedia untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa yang popular di seluruh Asean termasuk Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Krabi, Phu Quoc dan Singapura.

Airasia Lancar Jualan 5 Juta Tempat Duduk Percuma

Kepada mereka yang ingin melancong lebih jauh, jualan ini juga tersedia bagi syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X dan Thai AirAsia X untuk penerbangan ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), dan India (New Delhi). NIkmati tambang termasuk semua sehala daripada RM499 untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed. Tempoh perjalanan adalah antara 3 Oktober 2022 dan 28 Oktober 2023.

Dengan penyambungan semula operasi semua syarikat penerbangan ke pasaran-pasaran utama, AirAsia X juga mengumumkan penerbangan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah di Timur Tengah dan ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo di Jepun, yang akan dilancarkan pada bulan November dan Disember serta sedia untuk ditempah mulai sekarang. Laluan popular Kuala Lumpur ke Jeddah kembali di atas permintaan ramai akan mula beroperasi sebanyak enam kali seminggu bermula 14 November dengan tambang termasuk semua bermula daripada RM1,799 untuk tempat duduk ekonomi dan RM2,999 untuk tempat duduk Premium Flatbed bagi tempoh perjalanan antara 14 November 2022 dan 25 Mac 2023. Penerbangan terus ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo juga telah kembali! Nikmati tambang termasuk semua sehala daripada RM599 untuk tempat duduk ekonomi dan RM2,599 untuk tempat duduk Premium Flatbed bagi tempoh perjalanan antara 21 November 2022 dan 24 Mac 2023 untuk Tokyo dan 1 Disember 2022 dan 1 Februari 2023 untuk Sapporo. 

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Kami teruja untuk kembali terbang tinggi dengan semangat baharu dan kami ingin meraikannya bersama-sama para tetamu yang terus menyokong kami. Walaupun COVID telah mengubah dunia selama-lamanya, kami masih menawarkan tambang rendah yang sama. Sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk semua, kami berbangga kerana dapat menghubungkan orang ramai ke pelbagai destinasi. Kami juga akan terus mengutamakan para tetamu kerana mereka mendorong kami untuk menawarkan lebih nilai dan peluang kepada semua orang untuk terbang ke destinasi impian mereka.

“Sejak 21 tahun yang lalu, AirAsia telah membawa lebih 700 juta penumpang, dan hampir 100 juta tetamu pada setiap tahun sebelum pandemik melanda, merevolusikan industri dan menjadikan perjalanan udara berpatutan untuk semua. Kami berada di sini untuk anda ketika kami bermula, dan kami maish di sini untuk anda sekarang. Dengan pembukaan semula sempadan dunia dan sebagai persediaan ulang tahun ke-21 kami, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami yang setia bersama kami dengan kempen Tempat Duduk PERCUMA* terbesar ini. Selain menyambung semula banyak laluan utama, kami juga memperkenalkan laluan baharu menarik untuk semua.

“Teruskan setia bersama kami untuk melihat kami terbang lebih tinggi dan memacu ke hadapan dengan pelbagai pengumuman menarik akan datang sempena sambutan ulang tahun ke-21 kami.”

Promosi tempat duduk PERCUMA* tersedia secara eksklusif di aplikasi airasia Super App dan laman web sehingga 25 September 2022.

Untuk maklumat terkini mengenai penerbangan, pelancongan dan gaya hidupi, ikuti @flyairasia di Instagram/Facebook atau @airasia di Wechat/Weibo. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.

*Tambang termasuk semua daripada RM23 untuk penerbangan domestik

*Tambang termasuk semua daripada RM54 untuk penerbangan di rantau Asean (Termasuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan)

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Namkoong Min

ONE DOLLAR LAWYER di Disney+ Hotstar Mulai 24 September Ini

Blackpink 2020 | 14

Ini Cara Spotify Raikan Album Baharu BLACKPINK ‘BORN PINK’