in

Gambar Ainul Aishah di Pelancaran Drama Spa Qistina

Pada jam 11.00 pagi tadi (29 Mac 2010), Astro Box Office Tayangan Hebat telah mengadakan Majlis Pelancaran Drama Spa Qistina di Ballroom, Tingkat 2, Hotel Maya, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sebuah drama yang pastinya ditunggu-tunggu oleh penonton setia drama Spa Q yang dulunya ditayangkan di TV3. Tapi kali ini, drama yang mengenakan tagline – Seksi & Skandal ini ditayangkan di stesen TV berbayar.

Pastinya, ini adalah satu sejarah dalam siaran TV Malaysia di mana drama bersiri 13 episod ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran 953 dan yang penting, ia akan bersiaran secara kompak tanpa iklan.

Tonton video temubual Budiey bersama Ainul Aishah di Majlis Pelancaran Drama Spa Qistina:

Ramai pelakon baru yang tampil dalam drama ini. Drama yang diarahkan oleh Apache ini menjalani pengambaran drama ini di sekitar Kuala Lumpur. Qistina masih dibawa oleh Nanu Baharudin. Untuk musim ini, wataknya tidaklah terlalu lemah lembut.

Skrip drama ini ditulis oleh Rina Khan. Setiap episod ada cabaran dan masalah yang tersendiri. Ada kejutan dan elemen yang di luar jangkaan penonton.

Selain nama-nama seperti Fasha Sandha, Faradhiya, Azizah Mahzan, Nanu Baharudin, Tiz Zaqyah, Ijoy, Riezman Khuzairi, Faradhiya, Nik Zaris Nellydya dan ramai lagi, drama ini mengundang Ainul Aishah untuk memegang watak pembantu; watak seorang gadis bernama Mina, kawan kepada Iskandar.

Apabila Budiey bertanyakan pada Ainul Aishah tentang watak Mina, beliau mengatakan watak Mina seorang gadis yang gedik, materialistik, suka tikam dari belakang, tidak setia dan mengkhianati kawannya.

Hadir dengan gaun paras lutut berwarna merah jambu, Ainul Aishah katanya akan mengeluarkan dua buah lagu single sebuah lagu Melayu dan sebuah lagu Inggeris.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Resepsi Umie Aida & Khairuddin

Anne Ngasri Perlu Berehat Kerana Demam Virus