in ,

Ainul Aishah dan Azma Aizal Yusoof Berduet Rakam Lagu

Janji untuk merakamkan lagu-lagu single dah pun Isma Yusoof atau sekarang ini mahu dikenali sebagai Azma Aizal kotakan. Azma dapat idea dan ilham semasa menjalani pemulihan akibat mengambil ganja. Dalam minggu lepas, ada dekat 4-5 buah lagu yang Azma dah hantar kat Budiey untuk sekadar pre-listening. Azma tulis lirik, sendiri nyanyi dan sendiri kompose. Wow… hebat kan?

Harap selepas ini, Azma komited untuk menjadi seorang penyanyi dan pencipta lagu. Sekali dengar lagu-lagu yang Azma hantar kepada Budiey, memang ada ‘can’ lah Azma akan jadi penyanyi.

Semoga terus sukes~

ainul aishah azma aizal

Azma dan Ainul Aishah… tengah rakam demo single

Terbaru, Azma telah menjemput kawannya, juga seorang pelakon yang berwajah fotogenik, siapa lagi kalau bukan Ainul Aishah. Dengarnya, mereka sedang merakam sebuah lagu berentak RnB berjudul Ada Hati Tiada Rasa. Mmm, dengar macam best.

Memang dari dulu lagi, Ainul ada cakap yang dia nak jadi penyanyi. Wah, sekarang dah tercapai cita-cita Ainul. Baguslah, ramai selebriti sekarang mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian pula. Mungkin ada strategi yang berjaya. Sebenarnya, dengan hanya ada satu lagu single pun boleh buat duit. Selepas terkenal di radio, naik carta, terus meletop dan peminat akan muat turun lagu. Jadi, penyanyi kadang-kadang boleh kaya dengan hasil muat turun ringback tone dan nada dering.

Kalau tak silap, Ainul ni pun macam Azma Aizal. Selain boleh nyanyi, dia boleh tulis dan cipta lagu sendiri. Lagu hasil ciptaannya itu akan disusun semula oleh gitaris Coco dan Hujan, AG. Teruskan usaha Ainul, moga sukses~!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Akhil Hayy dan Waheeda Bersanding

Quotes of the Day: Tiada Drama Nur Kasih Musim Kedua Tapi…