in

Gambar Akhil Hayy dan Waheeda Bersanding

Tahniah! Terpancar di wajah pasangan selebriti ini begitu bahagia walaupun kontroversi yang datang hanyalah bersifat sementara. Akhirnya, keduanya telah disandingkan dalam satu majlis resepsi yang begitu meriah. Syukur!

4062628234 692620Cf1A O | 4

Tak lewat kiranya untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat Waheeda dan Akhil Hayy. Semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat.

4062627882 52A159Eb9A O | 5

Akhil dan Waheeda menadah tangan kesyukuran di majlis resepsi perkahwinan mereka di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam.

RIAK ceria kedua mempelai, penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy dengan penyanyi dan pelakon Waheeda menggambarkan mereka sedang berbahagia melayari bahtera perkahwinan ini. Pasangan yang dinikahkan pada 16 Ogos lalu ini nampak begitu mesra dan manja antara satu sama lain ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam.

4062627110 51C068B428 O | 6

Walaupun perkahwinan mereka sebelum ini berlangsung penuh ‘kontroversi’, namun majlis itu tetap meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Dengan konsep pelamin ‘stail Moroccan’ yang diilhamkan oleh kawan baik Waheeda iaitu Aim dari Magical Touch, pengantin perempuan bergaya dengan jubah hitam bersama tudung dan ‘veil’ kuning serta solekan nipis dengan sentuhannya sendiri manakala penganti lelaki segak dengan jubah seluar hitam.

Secara gurau bertanya di mana kopiah Akhil, dengan selamba dia menjawab ‘pakaian bukan melambangkan keimanan seseorang’. Namun begitu baginya, ‘inilah sebenarnya perkahwinan sebab dulu saya dan bekas isteri hanya bernikah sahaja dan tiada majlis resepsi seperti ini’.

“Ikutkan kami hanya nak buat majlis nikah dan makan-makan tetapi atas permintaan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju untuk melakukan majlis resepsi ini. Kami bukannya bersanding tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim dan pelamin sekadar untuk bergambar,” tuturnya mengenai majlis yang turut dihadiri oleh penyanyi dan pelakon Mawi bersama isterinya, Ekin.

Secara spontan, Akhil mengusap lembut pipi Waheeda ketika temubual dilakukan dan isterinya itu hanya membalas dengan senyuman manja.

4062627110 51C068B428 O | 6

Tambah Akhil, “saya bersyukur sebab dia menjadi ‘ibu segera’ untuk anak-anak saya. Saya ambil dia sebagai amanah…

4062627322 670Fc74Ef0 O | 8

“Kami faham apa yang kami lalui sebelum ini dan bertuah juga kerana mempunyai keluarga yang turut memahami kami. Selepas berkahwin sekarang, saya tetap ‘maintain’ macam dulu dan mendambakan keluarga bahagia seperti orang lain..kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.”

4062627252 9404057E8C O | 9

Waheeda pula menyimpulkan dirinya lebih ‘terkawal’ setelah berkahwin dengan Akhil.

“Kalau dulu, iman dan nafsu saya berbolak-balik tetapi sekarang banyak yang saya pelajari dari suami seperti tanggungjawab kepada Allah, suami dan keluarga,” beritahunya dalam nada gembira.

Akhil tidak berniat memisahkan anak-anak

Ketika majlis itu berlangsung, hanya dua anak Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal yang berada bersamanya. Jelas Akhil, memang Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11, tinggal bersamanya dan Waheeda di Damansara.

4062628324 Dd26754E69 O | 10

Ditanya tidakkah tindakannya itu boleh membuatkan dua anaknya itu terpisah dengan dua beradik lain, Mohd Syatiri Idayatullah, 2, dan Mohd Syakir Idayatullah, 8, yang kini tinggal bersama Maiza.Akhil sebelum itu memohon maaf terlebih dahulu kerana takut ada pihak lain yang terasa. Yang penting dia menjaga anak-anak yang berada di depan matanya dan biar Allah menentukan segalanya yang akan berlaku kemudian hari.

“Tiada bapa yang tidak ingat anak-anak.. perpisahan hanya berlaku antara ibu dan bapa, bukannya dengan anak-anak,” ujarnya ringkas.

Waheeda pula menambah, “Kami izinkan dua beradik itu untuk berhubung dengan adik-beradik yang lain kerana silaturahim itu penting.”

Penyanyi popular lagu ‘Wassini’ ini juga bersyukur kerana kedua anak Akhil menerima dirinya seadanya dan memanggilnya ‘mama’.  

“Alhamdulillah, saya terharu dengan penerimaan mereka. Setelah menjadi ibu kepada dua anak ini, saya semakin sibuk mengendalikan makan minum dan aktiviti harian mereka sehingga langsung tidak terfikir untuk kembali ke bidang seni. Walaupun mereka bukan anak kandung saya, saya tetap memberikan kasih sayang yang sama rata. Letih macamana pun, saya terpaksa berkorban demi kebahagiaan anak-anak ini,” beritahunya disusuli dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menjayakan majlis ini termasuk Nasyid. Com.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan di Gopeng, Perak pada 7 November ini. [sumber]

4061881301 54615Beb78 O | 11

4062627448 Fb76Aace5A O | 12

4061881463 34F9C370Ec O | 13

4062627580 282274C8Dc O | 14

4062627724 Be85004593 O | 15

4061881603 Dce0Dae758 O | 16

4062627780 2C951439B1 O | 17

4062628072 2F791797D7 O | 18

4062628144 62A49Fdd13 O | 19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti – SORORITY ROW

Ainul Aishah dan Azma Aizal Yusoof Berduet Rakam Lagu