in ,

Teka Siapa Lelaki Misteri & Menangi Ganjaran di Escape

[dropcap]T[/dropcap]eknologi masa kini yang semakin canggih menjadikan Budiey rasa bertuah dilahirkan di zaman ini. Tak dapat bayang pula jika Budiey dilahirkan di zaman batu. Ish tak naklah kan. Bayangkan pula bagaimana canggih pula teknologi yang akan ditemui 50 tahun akan datang. Kalau boleh Budiey nak hidup 1000 tahun untuk melihat teknologi berkembang. Tapi mana mungkin kan?

ESCAPE GERBANG FILEM ANDA!

[dropcap]B[/dropcap]ercakap tentang teknologi, kini Budiey rasa kita ada macam-macam cara untuk menonton filem. Kalau dulu, nak tengok filem kena pergi ke pawagam. Sekarang kat mana-mana pun kita boleh tonton filem. Bagi penggemar filem yang sentiasa sibuk seperti Budiey, masa yang terhad dan tak pernah cukup membuatkan kita tak sempat untuk menonton semua filem. Kalau boleh, tengah tunggu bas atau dalam tandas pun Budiey nak tonton filem.

Mungkin kerana itu, Celcom Axiata Berhad telah melancarkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai ESCAPE di mana kita boleh menonton filem dan juga program hiburan seperti konsert live dan sebagainya di mana sahaja kita berada dan bila-bila masa saja.

ESCAPE logo

Budiey rasa aplikasi ini sesuai sangat dengan gaya hidup Budiey yang sentiasa sibuk dan tak ada masa menonton filem di pawagam. Sekurang-kurangnya, Budiey tak rasa ketinggalan bila bercakap pasal filem ni. Apatah lagi, kerja Budiey ni, terpaksa menulis ulasan tentang filem, tak kiralah filem Hollywood ke Malaywood ke. Maka sekarang, Budiey dah jadi pengguna aplikasi ESCAPE yang setia!

Escape

[dropcap]P[/dropcap]asti ramai yang bertanya, bagaimana nak menonton filem dengan menggunakan aplikasi ESCAPE ni, kan? Okay, caranya mudah sahaja dengan dua proses je. Apa yang penting ialah anda hanya perlu menjadi pengguna talian Celcom samada pelanggan postpaid atau prabayar. Kemudian anda perlu memuat turun aplikasi ESCAPE ke telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi milik anda tanpa apa-apa bayaran. Setelah ESCAPE dimuat turun, anda daftarkan nama dengan menggunakan nombor talian Celcom yang sah anda tu di laman sesawang ESCAPE iaitu www.escnow.com. Seterusnya anda boleh melanggan filem kegemaran anda dalam bentuk definisi tinggi. Lepas tu, anda boleh pilih mahu buat individual rental atau 30 day ataupun mahu all-access passes pun ada.

Uniknya lagi, anda bebas menonton dengan mengguna pause & play dengan menggunakan gajet kepunyaan anda. Misal kata, kita dah tengok setengah jalan filem KL Gangster di telefon pintar di dalam bas, kemudian bila kita sampai di rumah, kita boleh sambung lagi filem tu pada komputer milik kita. Best kan macam tu?

Bagi Budiey harga sebuah filem tidaklah mahal. Dalam RM3.00 lebih dah dapat tengok sebuah movie. Budiey sudah pun melanggan beberapa buah filem dah setakat ini Budiey puas hati sepanjang tontonan tu, tak pernah lagi tersekat-sekat sebab jaringan mobile Celcom sangat laju. Tambahan pula sekarang kan dah ada LTE ni. Memang laju berdesum ler.

Celcom Escape

Pada 22 Ogos lalu, Budiey berpeluang untuk menyaksikan pelancaran ESCAPE di Hotel Shangri La di mana dihadiri oleh ramai penerbit filem, pelakon dan juga selebriti terkenal. Budiey sempat bertemu dengan ramai selebriti. Antaranya , ato‟ Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Norman Abdul Halim, Hans Issac, Syamsul Yusof, Adam Corrie, Redzuan Hashim, Rosyam Noor dan ramai lagi. Memang happening majlis yang dibuat sekaligus dengan jamuan majlis hari raya dengan juadah hidangan makanan yang lazat-lazat.

Budiey rasa berminat untuk guna ESCAPE ni sebab terpikat bila mana mendengar satu presentation tentang servis ni oleh beberapa orang kuat Celcom.

Celcom Escape

Peraduan Who Am I

Jika anda masuk ke laman sesawang www.escnow.com , pasti anda perasan satu kolum ‘Who Am I’ di mana ianya adalah satu cabaran meneka siapakah lelaki misteri.

Escape

Anda bukan sekadar meneka sahaja sebab anda mungkin akan membawa hadiah ganjaran yang lumayan di ESCAPE. Ya, ini semestinya khusus untuk pelanggan Celcom sahaja. Budiey dah pun buat tekaan. Eh, sebenarnya kan, sangat senang nak meneka sebab sebuah video disediakan. Kalau tak dapat jawab lagi, nah di sini Budiey berikan klu atau pembayangnya.

“Pernah ke Shanghai sebanyak dua kali. Dalam rush hour, tiga kali.”
“Pernah membimbing ‘The Kid’. Kemudiannya menjadi ‘The Master’.”
“Dikenali sebagai Mr. Nice Guy. Tapi jangan sesekali cuba cari pasal.”
“Pernah menjadi panda. Pernah juga menjadi dubuk.”

Escape

Dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat sedang berlawan dengan beberapa orang musuh sambil menunjukkan aksi kung fu, tapi mukanya tidak kelihatan. Ia diakhiri dengan paparan dekat tangan lelaki tersebut kelihatan cuba mencapai sesuatu menerusi riak air.

Budiey kira, jika anda seorang kaki tengok wayang, pasti dah dapat kenal siapa selebriti yang dimaksudkan ni. Tak perlulah Budiey berikan filem lakonannya. Nak tahu hadiahnya? Haa… hadiahnya… anda dapat menonton filem berjam-jam lamanya di ESCAPE ni. Inilah peluangnya jika anda mahu. Hanya SMS jawapan anda itu ke 20888. Anda boleh hantar seberapa banyak jawapan yang anda mahu.

Hah, apa tunggu lagi ni? Jom layari sekarang: www.escnow.com

Good luck!

Gambar Sekitar Pelancaran Escape Celcom yang diadakan serentak dengan Majlis Aidilfitri yang dihadiri oleh ramai selebriti.

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Siti Nurhaliza

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Celcom Escape

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Telford Home’s Horizons Kuala Lumpur

Ainan Tasneem, Khalifah, Saleem di THR Gempak Gegar