in ,

Ain Edruce Akui Dah Mula Diasak Soal Anak

Pengacara dan pelakon, Ain Edruce mengakui dia kini sudah mula diasak dengan pertanyaan mengenai soal menimang cahaya mata.

Begitupun, menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, dia masih belum dikurniakan rezeki untuk menerima kehadiran ‘ahli’ baru sejak berkahwin pada tahun lalu.

“Bila belum kahwin, tanya bila nak kahwin, dah kahwin..baru dua bulan ni dah tanya ‘dah ada ke belum?’. Memang normal orang bertanya hal anak ya? Kena sediakan jawapan siap-siaplah dalam telefon (seloroh).

“Setakat ini, bercakap mengenai menimang cahaya mata, saya tidak ada rasa macam nak merancang (keluarga) ke apa. Kalau dapat (mengandung) tu alhamdulillah. Kalau benda tu jadi, jadilah.. kalau belum ada rezeki, saya boleh fokus dengan kerja,”

– Ain Edruce

Ain ditemui sewaktu sidang media program realiti, Immortal Songs yang diadakan di Farm Fresh @ Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Katanya, dia kini menyerahkan hal berkaitan menimang cahaya mata itu kepada ketentuan daripada-Nya sahaja.

“Kalau tak ada (bayi), saya boleh fokus dengan aktiviti perlumbaan. Rasanya orang tahu yang saya sekarang ini racing untuk Toyota.

“Kalau tiba-tiba mengandung, bahaya pula. Bergegar-gegar pula anak nanti,” selorohnya yang bakal menjadi pengacara bagi program realiti berkenaan.

– Ain Edruce

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ustaz Abu Syafiq Tegur Cara Buka Aib Orang, Dakwa Resort Viral Tiada Kelulusan Rasmi?

Kayuhan Merdeka GEGAR Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-63