in ,

Aiman Tino Kesal Disaman Ingkar PKPB Terperangkap di Kolam Memancing

Penyanyi remaja, Muhammad Aiman Yusri, 22 yang dikenali Aiman Tino mendakwa dirinya ‘terperangkap’ dalam kes dikompaun RM1,000 kerana memancing di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama bapanya, Yusri Ishak, 51, dan adiknya Muhammad Haikal, 14, berada di lokasi ketika polis menyerbu masuk kawasan kolam berkenaan.

“Saya tergamam dan hairan mengapa polis menyaman saya dan ayah bersama pengunjung yang lain. Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan pemilik kolam.

“Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan lebat.

Ramai pengunjung berteduh dalam sebuah bangsal dan ketika itu melebihi 20 orang.

“Polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung,”

Media melaporkan seramai 59 pemancing termasuk dua pekerja warga asing dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), petang semalam.

– Aiman Tino

Aiman mendakwa sepatutnya pengusaha kolam pancing itu dikenakan tindakan undang-undang dengan kompaun yang sesuai dan bukannya 59 pemancing lain yang datang ke situ.

Katanya, kejadian berlaku memberi kesan buruk kepada mereka yang patuh peraturan dengan mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai pelitup separuh muka dan mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing.

“Saya kesal disaman pihak polis bersama pengunjung lain.

Kami dibekalkan syarat asas tatacara urusan kebenaran kolam pancing yang betul dan turut mengamalkan apa yang dikehendaki,” 

– Aiman Tino

Sementara itu, Yusri berkata, pemilik kolam berkenaan tidak berada di situ ketika kejadian dan hanya membiarkan pekerja Bangladesh menguruskan perniagaan itu.

Katanya, mereka rasa teraniaya dengan kejadian yang tidak disangka.

“Kami bukan sengaja langgar peraturan dan buat masalah,”

“Kami kerap memancing di kolam yang terletak hanya dua kilometer dari rumah berdekatan jalan utama di Kuala Kubu Bharu menyebabkan ramai datang memancing di situ.

“Kolam ini memang terkenal sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Kami bukan sengaja langgar peraturan dan buat masalah,”

– Mohd Yusri

Mereka dikehendaki melunaskan bayaran kompaun RM1,000 di Pusat Kesihatan Daerah Hulu Selangor selewat-lewatnya 8 Jun ini.

Katanya, dia bersama rakan lain akan membawa ketengah kes ini bagi mendapatkan pembelaan yang setimpal.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem SYIF MALAM RAYA Kutip RM1.6 juta di Hari Ke-4 di Astro First

Gambar Hiasan

Pelakon Muda Ditahan Jalin Hubungan dengan Isteri Orang