in ,

OMG!OMG!

Pelakon Muda Ditahan Jalin Hubungan dengan Isteri Orang

Gambar Hiasan

Polis menahan seorang pelakon selepas disyaki menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, pihaknya menahan suspek yang berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay Ampang, Selangor, pada Selasa.

“Suami wanita itu berusia 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga mendapati isterinya telah tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

“Suaminya mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu,”

– Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff

Mengulas lanjut, polis telah menahan reman suspek bermula hari ini sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan  Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aiman Tino Kesal Disaman Ingkar PKPB Terperangkap di Kolam Memancing

“Tolonglah! Dah Makin Tak Secure,” – Pablo Amirul Komen Pelantikan Baru FINAS