in ,

Aiman Hakim Bakal Buka Kafe Studio di Damansara Perdana

Untuk tahun 2016, pelakon Aiman Hakim mahu lebih memberi fokus terhadap kerjayanya sebagai pelakon dan kembali ke bidang nyanyian. Dia juga bakal membuka sebuah cafe studio iaitu Xtudio yang terletak di Damansara Perdana, tidak lama lagi.

“Saya dalam perancangan untuk buat single sendiri, Insya-Allah ia dalam proses. Selain itu saya juga bakal membuka sebuah studio untuk jamming yang dilengkapi cafe,” ujarnya.

aiman-hakim-hidung

Sementara itu, bercakap tentang drama Sesal Separuh Nyawa, Aiman yang membawakan watak Razlan memberitahu ia merupakan salah satu naskhah berat yang pernah dilakonkan. Dia perlu membuat kajian bagi mendalami watak tersebut dengan lebih mendalam agar sampai kepada penonton.

“Saya jadi watak anak derhaka yang sering menentang apa juga kata ibu bapa. Kami menjalani penggambaran di Amsterdam selama dua minggu. “Drama ini boleh dikatakan antara drama yang mencabar dan menguji lakonan saya,” ujarnya.

Antara artis lain yang turut terlibat ialah Ayda Jebat, Aidid Noh, Nina Nadira, Datuk Tarmimi Siregar dan Azhan Rani. Sesal Separuh Nyawa terbitan Darkwave Picture Sdn Bhd bakal ditayangkan setiap Isnin dan Selasa bermula 18 Januari di HyppSensasi (HyppTV Saluran 116).

Adami Akhil (Aiman Hakim Ridza)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Nikah 8 Februari Ini

Pelakon Nur Fazura Doakan Kebahagian Shaheizy Sam & Syatilla Melvin