in ,

Netizen Puji Tindakan Berani Abang Rider ‘Bantu’ Tangkap Individu Dicari Polis Johor

Sejak semalam lagi tular dua rakaman video yang menunjukkan sebuah Perodua Viva berwarna hitam nekad melanggar kereta peronda polis untuk melarikan diri. Di dalam video tersebut tidak ketinggalan juga seorang penghantar makanan Foodpanda turut ‘bekerjasama’ mengejar Perodua Viva tersebut.

Bagaimanapun pemandu bersama dua lagi penumpang lelaki berjaya ditahan selepas Perodua Viva berkenaan dikejar sebelum dipintas polis dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam dua hari lalu. Netizen tertarik pada bahagian seorang penghantar makanan Foodpanda ‘bersungguh-sungguh’ mengejar kereta suspek. Katanya motosikal penghantar makanan tersebut telah dihimpit oleh kereta Perodua Viva menyebabkan dia bertindak balas untuk mengejar semula kereta suspek.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika kejadian anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) terbabit sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bharu.

Tambah beliau lagi semakan rekod lampau mendapati salah seorang daripada suspek adalah orang dikehendaki IPD Johor Bahru Selatan (JBS). Manakala seorang lagi suspek positif dadah hasil dari ujian air kencing.

Netizen Puji Tindakan Berani Abang Rider ‘Bantu’ Tangkap Individu Dicari Polis Johor

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Mereka turut disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berada di luar melebihi masa ditetapkan tanpa alasan munasabah.

Manakala Suspek yang positif dadah pula disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Penyamun Pulang Tangan Kosong Selepas Terkantoi Dengan Tuan Rumah

Ahli Keluarga Tinggalkan Warga Emas Di Surau Lepas Ajak Keluar Solat Jemaah