in ,

Afiq Muiz Berdakwah Dalam Telemovie CINTA ITU KERJA ALLAH

Benarkah pelakon Afiq Muiz telah bertukar kerjaya menjadi pendakwah? Atau sebaliknya pelakon tersebut hanya mendalami watak yang diberikan kepadanya dalam drama lakonannya?

Sebagai menghayati bulan Ramadan yang penuh barakah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie penuh membawa keinsafan bertajuk “Cinta Itu Kerja Allah” pada 26 Jun ini, pukul 2.00 petang di TV2 yang menyaksikan Afiq Muiz membawakan watak utama sebagai Johar, pendakwah muda.

Turut dibintangi oleh Jay Iswazir, Ramona Zamzam, Fimie Don dan Hiera Hassan, ia mengisahkan Johar pelajar lulusan sebuah universiti Timur Tengah kembali ke kampungnya dan dilantik sebagai tenaga pengajar khusus bagi menarik golongan muda mendekati masjid. Johar mengambil pendekatan berdakwah dengan cara mendekati dan terlibat dengan aktiviti golongan muda di kampungnya. Dia tidak semata-mata berceramah dan mengajar agama sebaliknya turun padang bermain bola dan mengikuti setiap aktiviti golongan muda.

Afiq Muiz, Ramona Zamzam dan Hiera Hassan

Afiq Muiz Berdakwah Dalam Telemovie “Cinta Itu Kerja Allah” Di TV2

Atas persetujuan kedua belah pihak Johar di tunangkan dengan Fadilah, seorang guru KAFA di kampungnya. Pertunangan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Samat yang telah dua kali lamarannya di tolak oleh Fadilah dan keluarganya.

Sutinah seorang remaja yang bermasalah. Dia baru sahaja keluar dari Pusat Serenti dan berazam untuk mendalami agama bagi membuang tabiat buruknya selama ini. Ketika mengikuti kelas Fardu Ain, Sutinah pengsan dan dia dibantu oleh Johar. Kesempatan ini melalui rakaman gambar ketika kejadian, Samat menyebar fitnah yang Johar berkelakuan sumbang dengan Sutinah.

Pertunangan Johar dengan Fadilah putus dan jawatan Johar di masjid hilang akibat fitnah. Fadilah menuduh Sutinah khianat padanya manakala Sutinah berusaha untuk membuktikan bahawa gambar yang disebar oleh Samat sudah melalui teknik superimpose.

Johar bertindakmembawasemula Samat ke zaman kanak-kanak dan alam persekolahan mereka berempat. Sebenarnya mereka berempat adalah sahabat baik dan cuma Johar sahaja yang berpeluang melanjut pelajaran ke luar negara. Kembali ke zaman persekolahan telah menginsafkan Samat betapa mereka adalah sahabat yang baik.

Samat berazam untuk membersihkan nama Johar tetapi dia kemalangan dan doktor mengesahkan ada kesan pada otaknya. Ketika itu tidak siapa yang percaya apa yang diceritakan oleh Samat manakala Sutinah terus berusaha dengan bantuan rakan bagi membuktikan gambar tersebut sebenarnya superimpose.

Meskipun di tuduh orang kampung sebagai kurang siuman Samat terus berusaha membuktikan apa yang dilakukannya ke atas Johar sebelum ini adalah fitnah dan dendam. Fazilah juga menyesal dan ingin kembali kepada Johar. Namun Johar telah membuat keputusan untuk sambung belajar dan keluar dari kampung tersebut dengan menyunting Sutinah sebagai isterinya. Apakah pula kesudahan bagi Samat? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Fusion Proglide Baru Dengan Teknologi Flexball™

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang