in

Pelancaran Fusion Proglide Baru Dengan Teknologi Flexball™

Jika sebelum ini anda perlu mengerutkan muka untuk mencukur setiap helai rambut di sekeliling kontur wajah, kini ada penyelesaian untuk anda. Gillette, peneraju penjagaan pencukur dan perintis industri, meningkatkan tahap inovasi sekali lagi dengan pelancaran Fusion ProGlide baru dengan Teknologi FlexBall™.

Diilhamkan dari “Wajah Bercukur” (tabiat lelaki mengerut dan meregang muka untuk memastikan pencukur dapat menyentuh keseluruhan wajah), Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall™ merupakan pencukur pertama Gillette yang direka khas untuk berputar dan mendakap kontur wajah lelaki. Ia bertindak balas dengan kontur wajah untuk sentuhan maksimum dan mencapai setiap helai rambut, memberikan pengalaman bercukur yang dipertingkatkan sepenuhnya.

Pelancaran Fusion Proglide Baru Dengan Teknologi Flexball™

GILLETTE MENDEFINISI SEMULA PENCUKURAN DENGAN PELANCARAN
FUSION PROGLIDE BARU DENGAN TEKNOLOGI FLEXBALL™
Gillette Mencipta Sistem Pencukur Baru yang Bergerak untuk Menyentuh Muka
Supaya Dapat Mencapai Setiap Helai Rambut

“Setiap pagi, lebih 800 juta lelaki di 150 buah negara di seluruh dunia mempercayai Gillette untuk bercukur bagi memulakan hari mereka,” kata Nicolas de La Giroday, Ketua Pegawai Eksekutif Negara untuk Malaysia, Singapura dan Brunei. “Gillette adalah rakan anda yang penting ketika melalui peringkat-peringkat yang berbeza dalam kehidupan. Terdapat produk Gillette yang berbeza untuk setiap lelaki, sama ada Gillette Trac II, Sensor, MACH3 atau Fusion. Gillette adalah untuk lelaki yang menikmati hidup dengan cara tersendiri dan berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan. Dengan pelancaran Fusion ProGlide baru dengan Teknologi FlexBall™, Gillette, peneraju industri buat sekian lama, kini memperkenalkan cara baru yang unik untuk bercukur.”

Gillette Fusion ProGlide baru dengan Teknologi FlexBall adalah yang pertama sepertinya yang memutar bilah pencukur ke kiri dan ke kanan – memberikan julat pergerakan yang baru ketika mencukur untuk tindak balas yang lebih baik kepada kontur wajah.

Dimensi yang benar-benar baru bagi pergerakan, Teknologi FlexBall dibina berdasarkan inovasi yang dibawakan Gillette ke dalam dunia pencukuran pada 1977 dengan pencukur berputar yang pertama, Atra. Walaupun hanya ke atas dan ke bawah, jenama Atra berputar menjadi standard untuk semua pencukur Gillette. Namun, dengan bentuk muka lelaki 3D yang mempunyai kira-kira 25,000 helai rambut untuk dicukur, teknologi FlexBall baru kini menambah dimensi ketiga pergerakan yang sangat penting supaya dapat menyentuh muka dengan lebih rapat berbanding pisau cukur sebelumnya. Kini, Gillette Fusion ProGlide yang baru mampu mencapai setiap helai rambut di mana ia tumbuh sama ada di kawasan pipi yang bulat atau topografi dagu yang sukar.

Pencukur terbaru ini dilancarkan pada hari ini di forum ‘What Women Want’ yang dihoskan oleh Gillette, sebagai sebahagian daripada Festival ‘Cooler Lumpur’ di Publika dengan tema ‘Dangerous Ideas’. Ahli panel yang terdiri daripada Sue-Ann Chong, editor Women’s Health Malaysia, Xandria Ooi, hos TV dan radio serta Nicolas de La Giroday membincangkan resipi untuk menjadi lelaki yang lebih baik, dalam perihal gaya hidup, fesyen, hubungan pendidikan dan tentu sekali, merias diri.

Pelancaran Fusion Proglide Baru Dengan Teknologi Flexball™

Dikendalikan oleh Ezra Zaid, produser dan hos di BFM 89.9; para tetamu jemputan teruja apabila Ezra dijemput oleh Nicolas de la Giroday untuk menjadi lelaki pertama di Malaysia yang dicukur dengan Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall™ untuk merasai pengalaman bercukur yang dipertingkatkan.

 Ciri-ciri utama Fusion ProGlide baru dengan Teknologi FlexBall

 

·       Dok pemegang yang direka semula, membolehkan bilah pencukur meluncur dengan pergerakan penuh, bertindak balas kepada kontur dan mengekalkan sentuhan maksimum untuk mencapai setiap helai rambut
·       Lebih mengikut lengkungan wajah untuk mencapai setiap helai rambut untuk kulit yang lebih licin
·       Putaran 4 hala untuk sentuhan yang lebih baik dengan setiap lengkungan wajah lelaki
·       Pegangan yang lebih ergonomik untuk kawalan yang lebih baik
·       Bilah pisau cukur daya potongan rendah yang direka semula dengan hujung yang lebih nipis dan halus dengan lapisan rendah rintangan untuk memudahkan cukuran dan mengurangkan tarikan
·       Lubrastrip yang dipertingkatkan untuk menjadikan pergerakan di atas kulit lebih lancar
·       Boleh dipertingkatkan dengan produk tambahan – Gel Pencukur Fusion ProGlide Sensitive – yang membantu menyediakan kulit untuk cukuran yang lebih lancar dan selesa.

 

Varian Harga Jualan Yang Dicadangkan
Proglide Flexball Manual Razor RM35.90
Proglide Flexball Power Razor RM46.90
Fusion ProGlide yang baru dengan Teknologi FlexBall boleh didapati di semua cawangan runcit utama bermula dari pertengahan bulan Jun.

 

Berhubung dengan Gillette di Facebook | www.facebook.com/GilletteMalaysia

www.gillette.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Halle Berry & Marg Helgenberger Headline RTL CBS Entertainment HD 

Afiq Muiz Berdakwah Dalam Telemovie CINTA ITU KERJA ALLAH