in ,

Aeril Zafrel Bantu Orang Sabah Terjejas Akibat Covid-19, Minta Nombor Akaun Untuk Derma

Di Instagram, Aeril membuat hantaran meminta sesiapa yang memerlukan bantuan menghubunginya menerusi ‘direct message’ (DM) berserta nombor akaun bank dan dia akan memberikan sedikit sumbangan.

Peningkatan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat di Sabah membuatkan rata-rata penduduk terkesan terutamanya mereka di kawasan pedalaman. Sudah tentunya sektor ekonomi mereka yang berada di Sabah turut terjejas kerana khuatir penyakit tersebut semakin merebak.

Susulan daripada peningkatan kes positif di negeri itu, pelakon Aeril Zafrel menerusi posting di Instagram berbesar hari menghulurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terjejas.

Aeril Zafrel

Suami kepada pelakon Wawa Zainal itu berhasrat untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada penduduk yang berada di Sabah. Bantuan kewangan tersebut diberikan kepada mana-mana keluarga atau individu yang terjejas dan berada di zon merah akan diberikan keutamaan.

Aeril ketika dihubungi oleh wartawan Harian Metro berkata, itu adalah sebahagian inisiatifnya untuk mencurahkan bakti kepada masyarakat di samping berkongsi rezeki.

“Sebelum ini, saya pernah lakukan perkara sama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, kali ini memandangkan rakyat Sabah antara yang paling terkesan dan berada dalam Zon Merah, saya nak bantu mereka,”

– Aeril Zafrel

Menurut pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu, dia juga akan mengkaji latar belakang mereka yang mahukan bantuan sebelum menyalurkan bantuan itu.

“Dalam situasi sekarang, ada orang yang benar-benar memerlukan bantuan dan ada juga yang masih berkemampuan, tapi sengaja ingin mendapatkan bantuan.

Jadi, saya akan kaji dulu latar belakang mereka dan sekiranya mereka benar-benar perlu dibantu, saya akan tolong.

“Tahun ini, kita semua berjuang untuk hidup dengan pelbagai dugaan. Allah sudah berikan saya rezeki, jadi apa salahnya saya bantu mereka yang memerlukan,”

– Aeril Zafrel
Aeril Zafrel

Hantaran itu menerima lebih 40,000 tanda suka serta lebih 1,000 komen daripada kenalan dan pengikut yang mendoakan supaya niatnya dipermudahkan.

Selain itu, Aeril turut meminta individu yang terjejas untuk sertakan maklumat perbankan seperti nama dan nombor akaun bank di DM Instagramnya.

Rata-rata pengikut dan rakan selebriti juga berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan Aeril. Sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik di Sabah sana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM Jika Dipanggil Untuk Bantu Siasatan

Followers Tanya Dah Berniqab Cukur Kening Lagi Ke? Ini Komen Padu Neelofa