in ,

Sharnaaz Ahmad Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM Jika Dipanggil Untuk Bantu Siasatan

Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit. Susulan itu beberapa individu telah ditahan termasuk seorang ahli peniagaan wanita yang didakwa dalang sindiket tersebut.

Pelakon Sharnaaz Ahmad sedia memberi kerjasama jika dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian. Bagaimanapun, Sharnaaz atau nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, memberitahu, setakat ini, dia belum menerima arahan mana-mana pihak, biarpun ada yang mendakwa dirinya menjadi antara selebriti yang dikatakan bakal dipanggil SPRM.

“Setakat ini, belum ada sesiapa dari SPRM yang menghubungi saya. Lagipun, kalau mereka hendak panggil, ia tidak akan beritahu lebih awal.

“Tahu-tahu sahaja sudah berada di sana. Bagaimanapun, sama ada dipanggil atau tidak, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,”

– Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz mengaku ketika isu itu dibangkitkan, dia pernah menghubungi SPRM untuk memberi keterangan.

“Cuma saya tidak boleh hendak kongsi maklum balas SPRM berhubung penjelasan saya itu kerana ia sulit dan peribadi,”.

– Sharnaaz Ahmad

Ditanya apakah isu itu memberi impak negatif kepada perniagaan kedai minuman yang diusahakannya, pelakon filem Jebat ini berkata, kesannya lebih kepada jenama.

“Alhamdulillah, perniagaan saya seperti biasa dan tiada apa-apa yang berlaku. Cuma daripada segi jenama, ia agak terjejas. Bagi saya, kita tak perlu takut kalau kita tidak salah. Kita hanya berada pada masa dan tempat yang silap.

“Hendak kata buat salah, tiada siapapun yang buat salah.

“Kita tak boleh menghakimi orang. Walaupun dia pakai baju warna oren, selagi mahkamah tak jatuhkan hukum, kita tak boleh kata mereka itu bersalah. Mereka hanya dipanggil untuk disoal siasat sahaja,”

– Sharnaaz Ahmad

Sebelum ini, Sharnaaz ada menegur dan menegaskan bahawa mereka tiada kaitan dengan aktiviti jenayah Macau Scam. Tambahnya, mereka hanya mencari rezeki halal.

Terdahulu, Harian Metro Online melaporkan dua artis terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan, antara beberapa artis dijangka dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan selepas tiada selebriti tampil secara sukarela.

Menurut sumber Harian Metro Online, dua individu terbabit menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosial.

*Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kondominium Instafamous & Selebriti Terkenal Diserbu, KPDNHEP Rampas Pewangi Tiruan Bernilai RM150,000

Aeril Zafrel Bantu Orang Sabah Terjejas Akibat Covid-19, Minta Nombor Akaun Untuk Derma