in , ,

Aedy Ashraf Bersuara Setelah Timbul Spekulasi Curang & Gambar Mesra

Pelakon sensasi, Aedy Ashraf akhirnya tampil membuka mulut berhubung beberapa spekulasi yang mengaitkan namanya hingga mencetuskan kontroversi. 

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, menafikan dirinya berpacaran dengan seseorang dan menyifatkan hubungan tidak lebih daripada seorang kawan.

“Terlalu banyak spekulasi mengenai diri saya, sejak kebelakangan ini. Jadi, saya terpanggil untuk menjelaskan segala-galanya.
“Berhubung spekulasi nama saya dikaitkan dalam sebuah buku tulisan seorang teman, itu semua tidak benar. Kami tidak pernah bercinta dan hubungan kami hanyalah sebagai kawan.
“Mengenai sekeping foto diambil daripada babak filem lakonan saya, ingin saya jelaskan yang saya tidak pernah memberi keizinan untuk foto ini dimuat naik dalam mana-mana platform media sosial.
“Malah, saya juga tidak bersetuju untuk bahan seperti itu digunakan untuk tujuan promosi,”

– Aedy Ashraf

Mengulas lanjut, pelakon Gol & Gincu Vol 2 itu tidak percaya dengan kaedah publisiti murahan mampu melariskan sesebuah filem.

“Saya percaya filem itu sangat bagus. Saya meletakkan sepenuh tenaga, masa dan kesungguhan untuk memastikan filem memberi impak menakjubkan kepada peminat.

“Saya tidak akan biarkan segala penat lelah saya musnah hanya kerana publisiti. Semua yang saya buat demi keluarga, peminat dan atas rasa cinta,”

Terdahulu, nama Aedy terkait apabila gambar mesra bersama gandingannya dalam filem Tebus, Ahirine Ahirudin tersebar serta netizen ‘memetik’ namanya selepas penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha memuat naik puisi berkaitan kecurangan dalam media sosial, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Daiyan menafikan perkara itu dan menyifatkan ia hanyalah andaian netizen semata-mata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri HIJACK Adalah Siri TV Apple TV+ Kedua Paling Popular

Betul Ke Tarikh Tayangan Filem Godzilla x Kong: The New Empire Ditunda?