in ,

Adzriefaiz & Chad Hot FM Jadi Pengacara Baru Muzik-Muzik

Anugerah Juara Lagu ke-26 sudah pun berlangsung. Tahniah buat Awan Nano yang menjulang trofi anugerah pertandingan lagu terbesar di Malaysia. Budiey dengar, sempena meraikan kemenangan Awan Nano, pihak Astro akan mengadakan kenduri dan jamuan makan untuk media dan semua yang terlibat pada minggu depan.

Wah! Pastinya juga, nama pelanton suara untuk Awan Nano yang turut mendapat gelaran Persembahan Vokal Terbaik di AJL26 akan terus harum subur mewangi dalam industri muzik tempatan. Vokal mantap lagi cemerlang dari Hafiz terbukti masih jelas terunggul kerana tiada siapa yang dapat menandingi beliau untuk masa ini dalam AJL.

Oh ya, selepas AJL26 tamat, maka pihak TV3 terus mencari lagu-lagu terbaik untuk musim ke-27 pula. Sudah tentu, pemilihan dan pencalonan akan dipilih berdasarkan lagu-lagu yang mendapat carta di Muzik-Muzik. Agak-agak lagu mana pula yang akan jadi juara lagu untuk Anugerah Juara Lagu ke-27 eh? Adakah milik lagu Yuna, TERUKIR DI BINTANG? Huhu, masih terlalu awal lagi untuk meneka ya. Cakap pasal Yuna, figura indie ini dah bertolak ke New York untuk jadi retis kat sana. Good luck beb. Take care, Yuna. We always love you.

Cakap pasal Muzik-Muzik ni, Budiey dapat tahu untuk musim ini, rombakan dan perubahan berlaku secara besar-besaran di mana dua orang pengacara baru diperkenalkan untuk menggantikan Faizal Ismail dan Cheryl Samad yang sudah 5 tahun mengendalikan program Muzik-Muzik bersama-sama. Sementara itu, Cheryl mengacara secara solo sebelum itu untuk 3 tahun berturut-turut menjadikan antara pengacara paling lama di MM iaitu 8 tahun bersama Muzik-Muzik. Tahniah!

Dua pengacara baru Muzik-Muzik itu ialah Adzriefaiz & Chad Hot FM. Wah, Budiey rasa ini satu rezeki yang besar untuk kedua-dua selebriti ini untuk tahun 2012. Untuk Adzriefaiz, pastinya rezeki untuk beliau yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dan untuk Chad pula ini masanya untuk memperkenalkan dirinya kepada penonton TV pula setelah beberapa tahun menjadi penyampai di Hot FM.

Budiey nak ucapkan tahniah buat Adzriefaiz & Chad Hot FM dan seharusnya mereka akan membuktikan mereka juga dapat mengendalikan program Muzik-Muzik dengan jayanya. Siaran pertama untuk musim baru ini akan disiarkan pada jam 5 petang bermula hari ini (Sabtu – 4 Februari 2012). Dengarnya, Muzik-Muzik dah dipendekkan setengah jam berbanding sebelum ini.

Adzriefaiz

Good luck untuk Adzriefaiz & Chad Hot FM. Buat yang sehabis molek dan terbaik, okay?

Berita tentang Muzik-Muzik ini juga disebarkan oleh pengacara lama MM iaitu Faizal Ismail di twitter miliknya.

@faizal_hotfm: Setelah 5 tahun, Muzik2 berwajah baru. Tahniah buat hos baru Faiz & Chad. All da best! Musim baru bermula ptg ini di TV3! Terus sokong!

Chad Hot FM
Chad Hot FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Siti Nurhaliza & Rabbani Sempena Maulidurrasul 1433

Gambar Shila Amzah Bersama Pemenang Pertandingan SAFI KLIQ