in , ,

Konsert Siti Nurhaliza & Rabbani Sempena Maulidurrasul 1433

Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin akan bergabung meletop kebaboom dengan kumpulan nasyid terkenal, Rabbani untuk program bersempena sambutan Maulidurrasul 1433 Hijrah pada 5 Februari ini. Konsert yang diberi nama Sinar Maulidurrasul Muhammad Al-Ameen akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 4 Februari ini.

Antara artis yang bakal turut serta dalam konsert yang bakal diadakan pada 4 Februari tersebut adalah Sabri Yunus, Najwa Latif dan Amy Search. Ia juga adalah satu interpretasi kasih sayang penyanyi-penyanyi ini terhadap Rasulullah SAW yang tercinta juga akan ditampilkan menerusi alunan syair dan gurindam.

Sambutan yang akan diadakan dari 3 hingga 5 Februari di Kuala Terengganu itu akan terbahagi kepada karnival dan konsert bertemakan Muhammad Al Ameen & sebuah persembahan eksklusif dirinya dan Rabbani di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa.

SITI NURHALIZA rabbani konsert

“Sebelum ini saya dan Rabbani pernah bekerjasama dalam persembahan Maulidur Rasul di Stadium Melawati Shah Alam pada tahun lalu dan kali ini kami amat teruja kerana selain dapat bergabung dalam sebuah majlis yang sama, kami juga dapat bersama-sama mengagungkan Nabi Muhammad S.A.W. sempena hari keputeraan Baginda.”

“Program tersebut akan berlangsung selama tiga hari dengan malam kemuncaknya persembahan khas saya dan kumpulan Rabbani. Kelainannya pada persembahan di Taman Tamadun Islam itu nanti, saya akan menghiburkan orang ramai yang datang bukan sahaja dengan lagu-lagu bersesuaian dengan tema tetapi juga akan melakukan penceritaan berbentuk gurindam dan syair pada konsert itu nanti,” – Siti Nurhaliza

SITI NURHALIZA rabbani konsert

Tambahnya, program yang turut dirancang bersama-sama Rabbani Productions Sdn Bhd dan syarikatnya Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd itu adalah kesinambungan kerjasama yang sebelum ini pernah memmbuat persembahan bersama di sambutan Maulidurrasul di Stadium Melawati Shah Alam tahun lalu.

[pullquote]Budiey kira, kemunculan Siti Nurhaliza pastinya dinantikan para peminat beliau di Pantai Timur setelah kian lama tidak tampil membuat persembahan di khalayak ramai. Konsert percuma yang diadakan bersempena Karnival Sinar Maulidurrasul “Muhammad Al Ameen” ini dijangka akan bermula selepas Isyak, sekitar jam 8.45 malam.[/pullquote]

Semestinya, kelunakan suara Dato’ Siti Nurhaliza apabila mengalunkan irama sebegini rupa amatlah dinantikan. Lihat sahaja gemersik suara Siti dalam album kerohanian beliau, Tahajjud Cinta yang sememangnya memukau. Jadi orang Terengganu khususnya marilah bersama memeriahkan konsert ini!

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Rabbani Productions Sdn Bhd, Mohd Asri Ubaidullah berkata, bersempena dengan sambutan itu nanti, mereka akan turut menghasilkan sebuah lagu duet berjudul Muhammad Al Ameen.

Mohd Asri berkata, lagu tersebut sedang dalam proses rakaman dan akan diterbitkan sebagai sebuah ‘single’ untuk peminat mereka.

Bagi persembahan eksklusif Siti dan Rabbani ini, para peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM175, RM275 dan RM500 dengan menghubungi Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di talian 09-627 7888.

SITI NURHALIZA rabbani konsert

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pierre Andre Cinta Bibik Indonesia dalam CHANTEK

Adzriefaiz & Chad Hot FM Jadi Pengacara Baru Muzik-Muzik