in , ,

Gambar Shila Amzah Bersama Pemenang Pertandingan SAFI KLIQ

Seronok betul Budiey lihat pemenang-pemenang untuk Pertandingan SAFI KLIQ yang dianjurkan oleh Safi Balqis ini. Selain dapat mengabadikan kenangan bersama penyanyi Shila Amzah mereka juga dapat bercuti dan bersantai di Gold Coast Sepang. Budiey sebenarnya dijemput untuk buat liputan event santai ini tapi Budiey tak dapat hadir sebab ada perkara yang perlu diselesaikan pada masa tu. Sangat rugi rasanya sebab setelah melihat gambar-gambar kat bawah ni, rasa sangat best pun ada.

Paling best bila pemenang utama peraduan ini dapat membawa pulang sebuah iPad. pergh! Best tu! Jadi tahniah buat kepada semua pemenang ya. Selain bersantai di tepi pantai, pemenang juga dapat belajar tentang grooming dan penjagaan diri. Pada malamnya ada jamuan makan di Malam Balqis di mana Shila Amzah menghiburkan pemenang dengan lagu-lagu hitsnya seperti Patah Seribu.

Sebagai duta produk Safi balqis, Shila Amzah nampak sangat teruja bila dapat bersama dengan pengguna produk ini. Shila Amzah memang sporting dengan peminat. Layan je dia. Tak gitu Shilalas?

Gambar Shila Amzah Bersama Pemenang Pertandingan SAFI KLIQ

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Shila Amzah Safi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Viral Hiasan | 23

Adzriefaiz & Chad Hot FM Jadi Pengacara Baru Muzik-Muzik

Travel Budiey Makan-makan di Cafe Chilla Cup