in , , ,

Adira Suhaimi Muncul dengan Single MAAF Untuk Drama Bersiri MAAF TAK INDAH

Sinonim dengan gelaran ‘Ratu Soundtrack’, penyanyi Adira Suhaimi atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi bakal muncul dengan sebuah lagu runut bunyi terbaru berjudul “Maaf”.

Lagu “Maaf” ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dipilih sebagai lagu tema utama drama bersiri terbaru berjudul ‘Maaf Tak Indah’ yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 12 Februari ini. Drama lakonan Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies dan Fizo Omar yang diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures adalah adaptasi novel hasil karya Emy Roberto dan diarahkan oleh Zamri Zakaria.

“Maaf” Adira Suhaimi Melengkapi Drama Bersiri Terbaru, ‘Maaf Tak Indah’

Menurut Adira, sejak pembabitannya dalam dunia nyanyian hampir sedekad yang lalu, lebih daripada 10 buah lagu runut bunyi pernah dinyanyikannya. Biarpun diberi gelaran ‘Ratu Soundtrack’, namun ibu kepada tiga orang cahaya mata Anggrek, 3, Asan, 2 dan Anggun, 6 bulan itu tidak kisah malah menganggap kepercayaan diberikan itu sebagai rezeki.

Katanya lagi, ia memberi kelebihan padanya memandangkan lagu “Maaf” akan berkumandang di kaca televisyen setiap hari selama hampir lima minggu. Justeru, ia secara tidak langsung memberikannya promosi percuma seterusnya menjadikan kerjaya seninya terus kekal relevan.

“Saya tidak kisah dipanggil sebagai Ratu Soundtrack kerana menganggap peluang itu pun sebagai rezeki juga. Bukan mudah sebenarnya seseorang penyanyi untuk dipilih menyanyikan lagu runut bunyi yang akan dimainkan berulang kali di kaca televisyen.

“Jika hendak mempromosikan sendiri di kaca tv, mungkin ia akan menelan kos yang tinggi. Jadi saya menganggap peluang ini sebagai salah satu strategi promosi. Selain di corong radio, peminat juga boleh mendengarkan lagu saya hampir setiap hari di kaca tv.

“Saya juga menganggap diri saya sangat bertuah, malah saya bersyukur apabila lagu digunakan sebagai soundtrack drama. Secara tidak langsung ia akan mengembangkan lagu itu apatah lagi drama dan lagu memang saling memerlukan antara satu sama lain,”

– Adira
Adira

Bercerita mengenai peluang bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna, Adira memberitahu ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana beliau seorang komposer muda yang sangat berbakat.

“Ini kali ketiga saya bekerja dengan Ikhwan iaitu selepas Takdir Tercipta dan Pujaan Hati.

Ia satu pengalaman menyeronokkan kerana Ikhwan seorang yang sangat berbakat. Karya ciptaanya juga sangat segar dan mengikut arus muzik semasa.

“Saya menggemari Maaf kerana kekuatannya terletak kepada lirik dan dan lagunya yang sangat berkaitan dengan jalan cerita dalam novel.

Terus terang sekiranya saya diberi peluang untuk menyanyikan lagu soundtrack lagi, saya tidak kisah asalkan nama saya terus kekal relevan dalam industri apatah lagi dengan kehadiran ramai penyanyi BBNU,”

– Adira

“Maaf” adalah single solo kedua penyanyi kelahiran Ranau, Sabah itu bersama Nova Music (M) Sdn Bhd selepas “Pujaan Hati” yang menjadi lagu runut bunyi drama ‘Pujaan Hati Kanda’ yang dilakonkan oleh Remy Ishak dan Mira Filzah.

Video lirik single “Pujaan Hati” yang juga ditulis oleh Ikhwan Fatanna bersama Ayden Ali itu meraih lebih 8 juta tontonan di saluran YouTube malah turut muncul antara lagu paling popular sepanjang tahun lalu.

Adira juga pernah berduet bersama Hafiz Suip menerusi lagu “Takdir Tercipta” yang juga terbitan serta edaran Nova Music tahun lalu. Lagu berkenaan juga dipilih sebagai lagu soundtrack drama ‘Lelaki Mu Yang Dulu’ lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose juga untuk saluran TV3.

Single “Maaf” Adira Suhaimi terbitan Nova Music (M) Sdn Bhd dilancarkan serentak dengan siaran episod pertama drama bersiri ‘Maaf Tak Indah’ pada 12hb. Februari dan kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KK Box dan Deezer. Video lirik single tersebut juga kini boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos di pautan ini.

Adira

Fakta:

  • Nama sebenar Adira ialah Siti Adira Mohd Suhaimi. Anak bongsu daripada lapan beradik ini dilahirkan tanggal 19 Septemberi 1991 di Ranau, Sabah.
  • Adira mula bergiat aktif dalam bidang seni selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kelapan. Dia memenangi tempat kedua dan tewas kepada Shahir.
  • Adira pernah memenangi beberapa anugerah antaranya ‘[Penyanyi Wanita Popular’, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2015 dan 2016.
  • Memenangi kategori ‘Lagu Tema Terbaik’ untuk filem Ombak Rindu di Festival Filem Malaysia pada 2012.
  • Adira berkahwin dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Datuk Adnan Abu pada 2015 di Songkla, Thailand dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Anggrek, Asan dan Anggun.
Adira

What do you think?

38 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fad Sebak & Menangis Terima Kek Hari Jadi dari ‘Arwah Abam’

Program Realiti Kerjaya Impian Kanak-Kanak Dalam ALL OVER THE WORKPLACE